Teori Pembelajaran Mazhab Kognitif / Gestalt (Kognitivisme)
Teori Pembelajaran tingkah laku yang diutarakan oleh mazhab behavioris tidak dapat digunakan untuk menerangkan semua jenis pembelajaran yang berlaku dalam situasi yang berlainan. Umpamanya, walaupun kita kerap menggunakan telefon untuk menelefon kawan, kita sentiasa perlu merujuk buku panduan telefon untuk mendapatkan nombor. Sukar bagi kita untuk mengingati nombor yang kurang memberi makna dalam hidup kita. Walaubagaimanapun, kita sentiasa mengingati peristiwa yang telah kita alami suatu masa dahulu. Ini kerana peristiwa itu merupakan suatu pengalaman yang bermakna kepada kita.
Sehubungan dengan itu, mazhab kognitif (juga disebut mazhab Gestalt) menyarankan bahawa pembelajaran berlaku apabila kita cuba mencari maksud berkaitan dengan sesuatu perkara. Gestalt adalah perkataan German yang bermaksud “bentuk, pola, konfigurasi atau keseluruhan yang tersusun”. Beberapa orang ahli psikologi pada masa awal kurun ini telah membuat kajian tentang faktor-faktor yang mempengaruhi pengamatan kita dalam pembelajaran. Oleh itu, teori pembelajaran kognitif juga dikenali sebagai teori Gestalt.
Kita menggunakan pemikiran dan otak untuk belajar. Di samping itu, kepercayaan , harapan dan perasaan juga mempengaruhi pembelajaran kita. Dalam situasi bilik darjah murid belajar dengan memperolehi dan mengelolakan pengetahuan. Murid sentiasa mengelolakan pengalaman yang sedia ada untuk membina struktur kognitif supaya memperolehipengetahuan yang baru. Setiap kali murid belajar mereka akan mengelolakan dan menyimpan pengalaman dalam ingatan. Bahkan mereka akan menghayati maksud perkara yang baru mereka pelajari. Pengalaman yang bertindih juga dapat membantu murid menyelesaikan sesuatu masalah yang mereka hadapi.
Mengikut mazhab Gestalt, manusia mempunyai struktur kognitif dan apabila seseorang belajar dia akan menyusun segala maklumat dalam ingatannya. Mazhab kognitif berpendapat bahawa setiap manusia mempunyai keupayaan mental untuk mengelola dan menyusun serta mengeluarkan semula segala pengalaman untuk membolehkannya memerhati pertalian di antara pengalaman tersimpan dengan masalah yang dihadapi. Mengikut pandangan kognitif, proses pembelajaran dapat disifatkan sebagai pengumpulan, penyusunan dan penggunaan pengetahuan yang dikeluarkan untuk penyelesaian masalah. Pembelajaran kognitif melibatkan dua proses mental yang disebut pengamatan dan penguasaan konsep(penanggapan)
Teori kognitif juga menganggap pembelajaran sebagai sati proses yang aktif. Setiap pelajar mempunyai kebolehan mental untuk mengelola, menyimpan dan mengeluarkan semula segala pengalamannya untuk memperoleh maksud baru dalam pembelajaran lanjutan atau untuk menyelesaikan masalah. Seseorang itu tidak belajar secara positif hanya melalui kaedah cuba ralat dalam persekitaran. Murid boleh memilih, membuat keputusan, mempraktik dan mencuba untuk mencapai sesuatu matlamat. Oleh itu, pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada sentiasa menentukan apa yang akan dipelajari, diingati atau dilupakan.
Ahli-ahli psikologi pendidikan yang terkemuka dan berpengaruhterhadap teori pembelajaran kognitif ialah Kohler, Piaget, Bruner, Gagne, dan Ausubel.
Kurt Koffka dan Wolfgang Kohler
Kurt Koffka dan Wolfgang Kohler adalah dua orang ahli psikologi pendidikan berbangsa Jerman yang bermastautin di Amerika Syarikat pada awal abad ini. Mereka telah menggunakan haiwan seperti kucing, anjing, tikus dan cimpanzi untuk menjalankan eksperimen dalam kajian pembelajaran.
Kohler (1913) dan rakan-rakannya menyelidik cara cimpanzi menyelesaikan sesuatu masalah . Seekor cimpanzi yang lapar dikurung dalam sebuah sangkar yang besar. Beberapa buah kotak yang berlainan saiz juga diletakkan di dalam sangkar itu. Cimpanzi tidak dapat mengambil pisang yang digantung kerana bumbung sangkar itu terlalu tinggi dan sukar baginya memanjat ke atas. Cimpanzi itu melompat-lompat tetapi tidak berjaya mencapai pisang itu. Kemudian cimpanzi itu berhenti seketika seolah-olah berfikir dan memerhati di sekeliling sangkar. Tiba-tiba ia mengheret kotak-kotak itu ke tengah sangkar dan menyusun kotak itu bertindih-tindih seperti tangga di bawah pisang itu. Setrusnya cimpanzi itu memanjat ke atas kotak dan berjaya mendapat pisang itu.
Dalam eksperimen ini. Keadaan lapar telah menjadi rangsangan kepada cimpanzi untuk mendapatkan pisang yang tergantung itu. Cimpanzi itu menyusun kotak-kotak untuk mendapatkan pisang setelah ia dapat menghayati perkaitan di antara kotak-kotak dengan keinginan untuk memakan pisang tersebut. Persepsi perkaitan ini untuk menyelesaikan masalah disebut celik akal. Kohler dan rakan-rakannya menyimpulkan bahawa kebolehan cimpanzi itu menyedari perkaitan ini kerana cimpanzi itu dapat menghayati dan mempergunakan keadaan dalam sangkar itu secara menyeluruh. Mereka juga menyarankan bahawa kebolehan mental (celik akal) yang serupa terdapat pada diri manusia. Kebolehan ini membolehkan manusia mempelajari perkara baru.
Kajian Kohler menunjukkan bahawa pembelajaran yang kompleks berlaku bukan semata-mata melalui kaedah cuba ralat. Manusia juga mempunyai kebolehan mental yang istimewa yang disebut celik akalyang membolehkan mereka memperoleh pembelajaran dan menyelesaikan masalah yang kompleks. Mengikut teori kognitif celik akal membolehkan kita menghayati perkaitan unsur-unsur di dalam persekitaran untuk membentuk erti dan menyelesaikan masalah.
Implikasi Teori Pembelajaran Kohler
Kohler menyarankan bahawa kebolehan mental (celik akal) juga terdapat pada manusia yang membolehkan pelajar mempelajari perkara-perkara baru.
Implikasi teori Kohler yang terpenting ialah guru perlu menggalakkan pemikiran celik akal di kalangan pelajar.
Bagaimana Guru Boleh Menggalakkan Pemikiran Celik Akal Di Kalangan Pelajar
Guru mesti menggunakan perbendaharaan kata yang jelas, mudah difahami dan dibantu dengan gambar, audio serta pengalaman langsung pelajar dalam pengajarannya. Perkara yang hendak disampaikan mestilah mudah difahami.
Soalan dan rangsangan yang diberi mesti sesuai dengan tahap kognitif dan perkembangan pelajar.
a) Pelajar mesti dapat membuat tanggapan dan pemgamatan sepanjang pelajaran.
b) Contoh yang digunakan mesti bersesuaian dengan perkembangan dan tahap pengalaman pelajar.
Pengajaran mesti disampaikan selangkah demi selangkah dan mengikut urutan kesinambungan yang padu.
Proses ini lebih berkesan jika guru memberi banyak contoh yang khusus, dan pelajar cuba membuat generalisasi yang betul.
Guru tidak boleh memberi terlalu banyak penerangan tetapi perlu memberi panduan dan bimbingan dalam proses pemikiran celik akal.
Guru perlu menggalakkan pemikiran kritikal dengan memastikan pelajar:
a) Mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas.
b) Berfikiran terbuka
c) Dapat membuat rumusan.
Guru boleh menggalakkan keinginan menyoal dan perasaan ingin tahu pelajar dan proses mempertimbangkan kelemahan dan kekuatan fakta.
Jika sesuatu bahan pelajaran terlalu susah, guru perlu memudahkan bahan tersebut supaya pelajar dapat memahami bahan itu.
Untuk menyenangkan lagi pemahaman pelajar, guru perlu mengajar mata pelajaran tertentu mengikut langkah-langkah yang kecil dan tersusun.
Jika tugasan di sekolah terlalu susah, dan peneranga guru tidak jelas, pelajar tidak dapat mencapai celik akal.
TEORI PEMBELAJARAN BRUNER
Nama sebenar beliau ialah Jerome S. Bruner, dilahirkan di New York dan mendapat ijazah P.h.D daripada Universiti Harvard. Merupakan ahli psikologi Amerika Syarikat. Beliau telah menghasilkan banyak karya tentang perkembangan kebolehan mental manusia dan bagaimana pemikiran berlaku semasa dalam proses pembelajaran. Karya beliau kurang memberi penekanan kepada bukti daripada eksperimen. Sumbangan beliau yang paling besar dalam pendidikan ialah hasil karya beliau yang berjudul The Process of Education (1960).
Teori Bruner mementingkan pembelajaran melalui penemuan bebas atau penemuan berpandu, atau latihan penyiasatan.
Bruner mementingkan aspek-aspek berikut dalam teori pembelajaran beliau :
Ó Cara manusia berinteraksi dengan persekitaran dan pengalamannya.
Ó Perkembangan mental manusia dan pemikiran semasa proses pembelajaran.
Ó Pemikiran secara logikal.
Ó Penggunaan istilah untuk memahami susunan struktur pengetahuan .
Ó Pemikiran analisis dan intuitif.
Ó Pembelajaran induktif untuk menguasai konsep/kategori.
Ó Pemikiran metakognitif iaitu pemikiran mengenai pemikiran.
Ciri-Ciri Penting Pembelajaran Bagi Teori Bruner Ialah :
1- Persekitaran untuk belajar
Pengajaran hendaklah berkaitan dengan pengalaman dan konteks kanak-kanak supaya kanak-kanak berasa ingin dan sanggup belajar semasa masuk sekolah. Pengajaran selanjutnya bergantung kepada cara membangkitkan minat di kalangan murid. Semua kanak-kanak memiliki mekanisme dalaman untuk ingin belajar. Oleh itu, guru mesti menggalakkan mereka melalui pembelajaran penerokaan. Selain itu faktor-faktor persekitaran seperti kebudayaan, motivasi dan prsonaliti mmepengaruhi keinginan kanak-kanak untuk belajar. Di sekolah pula guru perlu mewujudkan situasi pengajaran yang relevan dengan pengalaman dan minat pelajar. Guru perlu menyediakan aktiviti-aktiviti yang menggalakkkan pembelajaran penemuan dan memberi arahan yang berstruktur tanpa menyelesaikan masalah untuk pelajar.
2- Struktur pengetahuan
Merupakan satu kelompok pengetahuan hendaklah dibahagikan mengikut susunan yang mana dipelajari, dengan cepat. Bruner menyatakan bahawa proses pembelajaran lebih bermakna jika pelajar memahami struktur sesuatu isi pelajaran. Beliau mencadangkan pelajar membuat sistem mengkod, iaitu menyusun konsep-konsep yang berkaitan secara hierarki. Sistem pengkodan yang baik diperlukan supaya ransangan yang tertentu boleh dimasukkan dalam kategori-kategori yang sewajarnya. Jika sistem pengkodan ini disusun secara teratur, pelajar dapat memahami ransangan dengan lebih baik. Bruner menyarankan supaya guru menyusun bahan pengajaran dalam cara yang dapat diterima oleh pelajar mengikut tahap kebolehan dan pengalaman mereka. Hubungkaitan yang wujud antara idea-idea yang penting dalam sesuatu mata pelajaran boleh dihuraikan dalam bentuk gambar rajah, prinsip atau rumusan. Guru mesti terangkan konsep alam bentuk perwakilan konkrit, iaitu pelajar dapat melihatnya secara visual dalam bentuk grafik dan gambar. Guru juga perlu menentukan jumlah maklumat yang boleh disampaikan kepada pelajar untuk diproses dan disimpan. Konsep ini dipanggil ekonomi pembelajaran.
3- Urutan
Bahan pengajaran hendaklah disusun mengikut urutan yang cekap untuk disampaikan dalam pengajaran supaya pelajar memahaminya dengan berkesan. Buner menamainya sebagai urutan optimum. Urutan ini mesti mengambil kira kebolehan pelajar untuk memproses maklumat dan dapat mengekalkan minat pelajar dalam pembelajaran. Pelajar belajar mengikut urutan tertentu, iaitu :
a. Pesanan tanpa bahasa
b. Respon anggota badan
c. Gambaran dan lakaran
d. Bahasa
4- Peneguhan
Guru mesti memberi maklum balas terhadap prestasi dan kemajuan pelajar, an masa peneguhan diberikan juga sangat penting. Jika peneguahan diberikan terlalu awal, pelajar akan menjadi keliru. Jika peneguhan diberikan terlalu lewat, pelajar tidak berminat lagi dengan maklum balas tersebut. Bruner juga mementingkan motivasi intrinsic kerana inginkan supaya pelajar menyelesaikan masalah sendiri dengan bimbingan yang diberikan oleh guru.
Peringkat Pembelajaran Dalam Teori Bruner
Mengikut teori perkembangan kognitif Bruner, peringkat pembelajaran berubah dalam tiga turutan iaitu enaktif, ikonik dan simbolik.
Peringkat enaktif berlaku pada usia 0-2 tahun. Peringkat enaktif ialah pembelajaran melalui tindakan manipulatif kerana ia belum lagi melibatkan bahasa. Kanak-kanak dalam lingkungan umur ini menggunakan anggota deria untuk menyelesaikan masalah. Bahan maujud perlu dipegang dan dipergunakan untuk memperolehi pengertian. Misalnya, kanak-kanak kecil menyentuh api untuk mengetahuinya boleh panas an melecurkan ; melontarkan bola untuk mengetahuinya boleh melambung dan berguling.
Peringkat ikonik berlaku pada usia 2-4 tahun. Pada peringkat ini digunakan untuk kanak-kanak yang lebih tua iaitu pembelajaran mencapai peringat sanggup membentukkan penanggapan (persepsi) dan membina gambaran dalam mental. Mereka mempunyai kebolehan mental untuk menggambarkan dan membayangkan sesuatu dalam fikiran dan menyimpan imej dalam fikiran mereka. Contohnya, kanak-kanak boleh melukis gambar sudu tanpa melihat sudu, kerana dia melukis gambar berdasarkan bayangan atau imej yang disimpan dalam otaknya. Kanak-kanak pada usia ini juga dapat membentuk penanggapan dan membina gambaran mental. Contoh, walaupun tanpa menyentuh bahan tajam seperti pisau, kanak-kanak tersebut sudah tahu bahan itu boleh melukakan tangan jika terkenanya.
Pemikiran peringkat simbolik ialah pada usia 5-7 tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak boleh memindahkan pengalaman mereka ke dalam bentuk bahasa. Mereka dapat berfikir secara abstrak dan membuat penaakulan logik. Dalam peringkat pembelajaran simbolik, simbol seperti perkataan, bahasa dan formula dapat digunakan untuk mempersembahkan pengalaman dan menghuraikan penaakulan abstrak. Oleh kerana pembelajaran kanak-kanak berkembang dari peringkat motor-sensori (enaktif) ke peringkat penanggapan konkrit (ikonik), akhirnya ke idea sbstrak (simbolik), maka turutan pengajaran haruslah berkembang sedemikian. Maksudnya, pengajaran dirancangkan untuk mendedahkan kanak-kanak memperolehi pengalaman pada permulaan, kemudian bertindak balas dengan penyampaian konkrit, dan akhirnya persembahan dalam bentuk simbol. Ketiga-tiga proses ini saling berkaitan dan membantu kanak-kanak untuk menyelesaikan masalah. Satu contoh situasi pembelajaran mengikut urutan ini adalah seperti berikut :
Enaktif - Kemahiran berbasikal
Ikonik - Membayangkan cara berbasikal dengan baik
Konkrit - Dapat menceritakan pengalaman berbasikal dalam bentuk
bahasa kepada rakan sebaya.
Prinsip-Prinsip Penting Dalam Teori Pengajaran Bruner
Penguasaan Bahasa
Bruner mengatakan bahawa terdapat dua proses penguasaan iaitu :
1- Subordinat / kompleksif
a) Peringkat ini merujuk kepada penggunaan bahasa yang tidak bercorak konsep atau prinsip untuk kanak-kanak yang mempunyai perkembangan dan kognitif yang rendah.
b) Semakin berkembang pemikiran seseorang, semakin banyak konsep baru yang dikuasainya, jika dia didedahkan kepada keadaan dan situasi yang menggalakkan perkembangan kognitif.
Belajar melalui kategori, konsep, atau hukum
Bruner mementingkan pembelajaran secara konsep, prinsip, hukum atau kategori.
1- Mengapa konsep atau kategori penting ?
a) Pembelajaran melalui konsep mempunyai kesan jangka panjang dan meningkatkan penghargaan kendiri pelajar.
b) Ia mengurangkan ketegangan kognitif kanak-kanak untuk mengingati objek atau peristiwa yang khusus.
2- Definisi konsep
a) Idea-idea yang spesifik yang mempunyai ciri-ciri yang sama dan khusus. Ia juga boleh diertikan sebagai kategori.
b) Dalam pembelajaran kognitif, pelajar memproses maklumat daripada persekitaran dan pengalamannya.
c) Konsep diperoleh dengan mengkategorikan benda yang sama jenis atau mempunyai pola yang tertentu.
d) Sebagai contoh, pengelasan konsep tumbuh-tumbuhan gurun adalah berdasarkan ciri-ciri seperti berakar panjang, daun berduri, kebolehan tumbuhan menyimpan air dan sebagainya.
e) Bruner mementingkan penggunaan pendekatan induktif, iaitu pelajar diberikan contoh-contoh yang spesifik sebelum membuat definisi konsep.
3. Jenis-jenis konsep
a) Konsep konjungtif
- Konsep konjungtif memerlukan dua atau lebih ciri yang wujud serentak.
- Sebagai contoh, burung mesti mempunyai bulu dan mempunyai sayap sebelum ia boleh terbang.
b) Konsep disjungtif
- Konsep disjungtif memerlukan cirri yang berlainan untuk membezakan sesuatu kategori.
- Ini bermakna burung yang tidak boleh terbang seperti ayam dan penguin tidak dapat dimasukkan dalam kategori di atas.
c) Konsep berkaitan atau berhubungan
- Konsep hubungan mempunyai cirri-ciri yang saling berkaitan.
- Sebagai contoh apabila terdapat jerebu, kualiti udara turun dan orang ramai jatuh sakit. Ini menunjukkan jerebu mempunyai perkaitan dengan indeks kualiti udaran dan kesihatan manusia.
4. Faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan kategori
a) Set minda
- Pengalaman lampau dan pengetahuan sedia ada tentang persekitaran menolong pelajra mengkategorikan ransangan baru.
- Pelajar mengenali ransangan dan mengkategorikan serta mengklasifikasikan maklumat menurut struktur baru atau yang sudah wujud.
b) Motivasi
- Unsur motivasi sederhana diperlukan untuk membantu pelajar membentuk kod-kod dengan mudah.
- Peringkat ini dikenalpasti sebagai mencari tanda atau isyarat dalam penbentukan kod.
- Tahap motivasi, minat dan penumpuan yang dimiliki oleh pelajar menentukan pembentukan kod-kod dalam konsep.
c) Penguasaan maklumat yang spesifik
- Pelajar perlu membaca dengan luas untuk memperoleh pengetahuan yang banyak dan khusus untuk mengkodkan kategori-kategori dengan mudah.
d) Pengalaman yang pelbagai
- Satu ransangan atau pengalaman yang telah dialami dapat dikodkan
dengan lebih senang.
- Pelajar mesti didedahkan kepada pelbagai pengalaman dalam situasi
pembelajaran dan pengajaran.
-Sebagai contoh, seorang anak nelayan dapat mengkategorikan ciri- ciri ikan tempatan dengan mudah dan cepat.
Aplikasi Prinsip Teori Pembelajaran Bruner Dalam Bilik Darjah
1- Pembelajaran Penemuan
a) Guru menyediakan situasi maalah yang dapat merangsang pelajar supaya membuat pembelajaran penemuan.
b) Guru mesti memberikan situasi penyelesaian masalah yang memotivasikan pelajar untuk menyoal, meneroka dan bereksperimen.
c) Dalam pembelajaran penemuan, guru memberi contoh dan pelajar menggunakan contoh untuk menyusun struktur bahan dan melihat pertalian atau perkaitan antara idea-idea dalam situasi tersebut.
2- Pembelajaran melalui penaakulan induktif
a) Guru perlu menggunakan contoh-contoh yang spesifik supaya pelajar dapat membentuk prinsip yang umum.
b) Sebagai contoh, jika guru memberi contoh-contoh tentang bentuk segitiga dan bentuk bukan segitiga, pelajar akan memahami dengan lebih mendalam tentang prinsip-prinsip penting bentuk segitiga.
3- Memberi contoh yang berkaitan dan tidak berkaitan dengan konsep
a) Dalam pengajaran, guru perlu member contoh yang berkaitan dan contoh yang tidak berkaitan supaya pelajar dapat melihat persamaan dan perbezaan idea-idea dalam sesuatu konsep.
b) Sebagai contoh, apabila guru mengajar tentang konsep mamalia, anjing, kucing, ikan paus sebagai binatang mamalia dan buaya, katak dan ular sebagai contoh bukan mamalia.
c) Pelajar diminta supaya memberi contoh-contoh lain dan untuk menjelaskan perbezaan cirri-ciri antara mamalia, dan reptilian.
d) Ini akan meningkatkan pemahaman mereka tentang sesuatu konsep.
4- Menolong pelajar melihat perkaitan antara konsep
a) Guru perlu menggunakan gambar rajah, lakaran dan ringkasan untuk menolong pelajar memahami perkaitan idea-idea dalam sesuatu konsep.
5- Menggalakkan pelajar membuat pemikiran intuitif
a) Pemikiran intuitif penting dalam membantu pelajar melihat pertalian antara ransangan yang berlainan.
b) Sebagai contoh, guru boleh mengemukakan soalan seperti berikut :
' Mari kita cuba mendefinisikan hutan dengan meneka apa yang anda dapat melihat dalam gambar ini'.
c) Guru perlu menunggu pelajar memberikan beberapa jawapan sebelum memberi definisi yang betul.
6- Penglibatan pelajar
a) Pelajar belajar sendiri tetapi guru membantu dan membimbing dalam situasi penyelesaian masalah.
b) Satu contoh situasi penyelesaian masalah ialah dalam eksperimen ' Mengapa api padam bila dilindungi dengan bekas?'
c) Guru tidak memberitahu pelajar bagaimana menyelesaikan masalah tetapi memberikan bahan, menyuruh pelajar membuat pemerhatian, membentuk hipotesis dan menguji penyelesaian.
7- Pengajaran untuk pelajar tahap rendah
a) Guru mesti mengajar pelajar tahap rendah dalam urutan enaktif kepada ikonik kepada simbolik.
8- Menggunakan alat bantuan mengajar
a) Guru perlu menggunakan banyak alat bantuan mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini akan menentukan pelajar dapat memahami konsep dengan lebih jelas.
b) Guru boleh menggunakan alat bantuan mengajar audiovisual dan konkrit. Gambar, lakaran, carta, pengurusan grafik dan peta minda menyenangkan pelajar untuk melihat perkaitan dan perhubungan dalam konsep-konsep.
9- Pembelajaran melalui kajian luar
a) Pengamatan dan penanggapan pelajar meningkat jika mereka terlibat dalam pembelajaran kajian luar.
b) Pelajar boleh belajar banyak konsep dengan melihat perkaitan di antara topik-topik pelajaran dengan persekitaran mereka.
c) Sebagai contoh, pelajar boleh melihat kaitan antara petempatan manusia dengan cirri-ciri geografi fizikal di sesuatu kawasan perumahan.
10- Mengajar mengikut kebolehan pelajar
a) Guru perlu mengubahsuaikan kaedah dan strategi pengajaran mengikut tahap dan kebolehan pelajar.
b) Sebagai contoh, untuk pelajar Tahun Satu, guru perlu banyak menggunakan bahan bantuan mengajar dalam bentuk gambar yang besar dan berwarna-warni. Guru juga perlu menyusun isi pelajaran daripada yang mudh kepada yang susah.
c) Untuk pelajar Tahun Enam, guru boleh menggunakan kaedah penyelesaian masalah dan pembelajaran penemuan.
Implikasi Teori Pembelajaran Terhadap P&P Kanak-Kanak Berkeperluan Khas
Bagi kanak-kanak berkeperluan khas seperti kanak-kanak yang menghadapi masalah penglihatan samaada kabur ataupun buta, guru boleh menggunakan bahan maujud dlm proses p&p. Kanak-kanak yang kabur penglihatan ataupun buta menggunakan deria untuk memperolh pengertian.
Selain itu guru juga boleh menggunakan simbol @ formula mudah bagi membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran dan kanak-kanak lembam. Formula yang mudah membantu pelajar memahami sesuatu pelajaran dengan lebih baik.
TEORI PEMBELAJARAN GAGNE
Nama beliau ialah Robert M.Gagne, telah dilahirkan pada tahun 1916 dan merupakan ahli psikologi eksperimental yang berpengalaman dalam bidang penyelidikan pembelajaran serta telah terlibat dalam latihan dan masalah-masalah pendidikan yang lain. Gagne telah banyak menulis kertas kerja dan buku tentang psikologi gunaan. Kebanyakan idea Gagne tentang analisis tugas menunjukkan pembelajaran berlaku secara berperingkat (hierarchy), iaitu bergerak daripada peringkat paling mudah kepada peringkat paling kompleks.
Gagne menggunakan teori pembelajaran behavioris dan kognitif untuk mengkategorikan kedayaan pembelajaran ke dalam lima kelompok utama, iaitu kemahiran kecerdasan (intelektual), strategi kognitif, maklumat berbahasa, kemahiran motor dan sikap.
Mengikut Gagne 1974, terdapat susunan urutan pelbagai kemahiran kecerdasan dan tiap-tiap satunya adalah syarat mutlak untuk menguasai sesuatu kemahiran sebelumnya. Kemahiran kecerdasan pertama dalam pembelajaran diskriminasi iaitu membezakan simbol-simbol. Setelah menguasai kemahiran ini, barulah dapat membentuk konsep. Dalam pembelajaran konsep, murid mestilah membuat diskriminasi antara unsure, kemudian mengelas dan membahagikan unsur itu dalam kumpulan untuk membentuk hukum. Misalnya hukum ketumpatan sesuatu benda menunjukkan perhubungan antara konsep jisim dengan isipadu. Oleh itu, kemahiran kecerdasan membolehkan seseorang 'mengetahui bagaimana' hendak melakukan sesuatu tindakan dan bukan hanya semata-mata 'mengetahui apa' keadaan yang wujud. Ini bermakna kemahiran kecerdasan meliputi pelbagai unit maklumat berbahasa seperti fakta, tarikh, simbol dan huraian serta kebolehan menggunakan maklumat itu.
Strategi kognitif pula merupakan kebolehan memproses maklumat yang membolehkan si pelajar memikir, menumpukan perhatian, memilih, mengingat dan menggunakan maklumat.
Perolehan kemahiran motor membolehkan seseorang melakukan pergerakan kordinasi dalam aktiviti fizikal. Walau bagaimanapun, perkembangan dalam kemahiran motor juga memerlukan pemikiran dan penguasaan kemahiran kognitif. Misalnya, sama ada dalam aktiviti sukan atau bermain muzik, seseorang memerlukan kemahiran fizikal dan kecerdasan. Sikap seseorang pula mempengaruhi tindakannya terhadap sesuatu perkara, peristiwa atau orang lain. Ini berkait secara langsung dengan perasaan, tingkah laku, minat dan kesediaan pembelajaran pada seseorang pelajar.
Kemahiran kecerdasan
Kemahiran menggunakan simbol untuk berkomunikasi, menjalankan manipulasi dan menyelesaikan masalah.
Dalam suatu ladang ternakan, terdapat 20 ekor itik, 45 ekor ayam, 22 ekor lembu, 56 ekor kambing dan 2 orang pekerja. Berapakah bilangan kaki di ladang itu?
Diskriminasi
Dapat membezakan antara dua objek atau simbol.
Dapat membezakan antara bentuk bulat dengan bujur dan p dengan q.
Konsep
Mengenalpasti sekumpulan idea, objek atau peristiwa yang mempunyai cirri-ciri yang sama.
Mamalia, tenaga dan atom.
Hukum
Perhubungan di antara sekumpulan konsep.
Hukum Boyle; hukum segiempat tepat, meramalkan kadar tindak balas berdasarkan keadaan sedia ada.
Strategi Kognitif
Mencari pendekatan untuk memperbaiki proses pemikiran dan pembelajaran.
Menggunakan satu cara (misalnya, peta konsep) yang berkesan untuk meningkatkan ingatan maklumat kompleks.
Maklumat berbahasa
Menggunakan simbol, label dan fakta untuk menyampaikan erti sesuatu pengetahuan.
Menyebut nama anggota-anggota ASEAN.
Kemahiran motor
Tindakan yang melibatkan manipulasi dan kordinasi fizikal.
Menulis, berenang dan bermain badminton.
Sikap
Corak mempamerkan tingkah laku atau tindakan.
Memilih untuk menyertai persatuan sains dan menolak kelab muzik.
Selain daripada kategori kedayaan pembelajaran, Gagne (1977) juga mengemukakan lapan syarat pembelajaran(jenis pembelajaran) menurut hierarki kemahiran kecerdasan. Syarat pembelajran tersebut ialah :
Syarat didepan adalah syarat mutlak menguasai jenis pembelajaran kemudian. Misalnya untuk menguasai jenis pembelajaran 5, syarat 1,2,3 dan 4 mesti dikuasai dahulu. Berikut adalah huraian ringkasan lapan jenis pembelajaran mengikut kesukarannya:
1- Pembelajaran Isyarat
Pembelajaran Isyarat berlaku secara semula jadi & tidak sengaja.
Ia adala hasil tindak balas ransangan luar. Individu mempelajari gerak balas terhadap sesuatu isyarat. Dalam peringkat ini, kemahiran prasyarat yang perlu dimiliki oleh seseorang individu ialah dapat merasai pelbagai ransangan dan bergerak balas kepada ransangan. Pembelajaran adalah melalui pelaziman tingkah laku, contohnya; apabila pelajar mendengar loceng sekolah berbunyi pada pukul 10.00 pagi, mereka mengetahui bahawa masa rehat telah tiba, keadaan ini berlaku kerana pelajar telah dilazimkan dengan bunyi loceng dan masa rehat. Oleh itu ransangan positif akan menyeronokkan pembelajaran dan ransangan negatif boleh mendesakkan pembelajaran.
2- Pembelajaran ransangan – tindak balas
Dalam pembelajaran gerak balas proses peneguhan penting dan perlu dititiberatkan. Pembelajaran jenis ini juga berlaku disebabkan tindak balas terhadap ransangan luar. Akan tetapi pelajar itu telah memperolehi tindak balas yang khusus terhadap ransangan yang dikenalpastikan. Dengan perkataan lain, tindak balas dalam pembelajaran berupa diskriminasikan terhadap ransangan betul atau salah. Tindakan ini adalah 'terlazim'. Bahkan pelajar dapat bertindak balas terhadap ransangan luar mengikut kehendaknya. Contohnya, guru memberi peneguhan kerana kerja tulisan Fifi semakin kemas dan baik, untuk mengekalkan tingkah laku ini, oleh itu Fifi akan cuba menulis dengan lebih baik lagi untuk mendapat pujian gurunya.
3- Pembelajaran melalui rangkaian
Rangkaian bermaksud penggabungan beberapa ransangan yang menghasilkan tindak balas dalam suatu turutan . Pembelajaran rangkaian digunakan dalam pembelajaran kemahiran seperti penulisan, permainan, muzik dan sebagainya. Rangkaian merupakan satu siri tingkah laku yang berkaitan untuk melengkapi tugasan yang dijalankan. Sebagai contohnya, untuk melihat suatu objek yang jauh dengan menggunakan binokular, rangkaian motor berlaku apabila memegang binokular di hadapan mata, menuju binocular itu kearah objek itu dan menyesuaikannya untuk memfokus dengan jelas. Pengajaran kemahiran dari satu peringkat boleh dibawa ke peringkat yang seterusnya. Contohnya; seorang guru yang mengajar bola jaring perlu mengajar beberapa rangkaian kemahiran kecil seperti :
Kemahiran menghantar bola
Kemahiran menerima bola
Kemahiran menjaringkan bola
Kemahiran dan urutan daripada peringkat prtama akan menjadi ransangan untuk turutan yang kedua. Oleh itu, dalam pengajaran rangkaian, guru perlu membuat ulangan supaya kemahiran yang dipelajari dahulu tidak dilupakan.
4- Pertalian bahasa
Pembelajaran ini melibatkan bahasa yang mengaitkan lebih daripada satu ransangan untuk menghasilkan tindak balas. Bagaimanapun proses ini memerlukan penggunaan bahasa yang telah dipelajari dahulu. Untuk menyatakan sesuatu prinsip, pelajar memerlukan kemahiran bahasa untuk mengaitkan satu rangkaian berbahasa. Ini berlaku apabila pelajar dapat menghubungkaitkan apa yang dilihat dengan sebutannya. Proses ulangan penting untuk menjamin peneguhan pertalian bahasa.
5- Pembelajaran diskriminasi
Dalam pembelajaran jenis ini pelajaran itu dapat membezakan berbagai ransangan yang berupa sama untuk menghasilkan sama banyak tindak balas yang khusus. Demgam perkataan lain dalam satu set pertalian atau rangkaian, jenis pembelajaran semakin dapat dibezakan kerana setiap ransangan dan tindak balas dapat diasingkan dari satu sama lain. Ini bermaksud seorang individu itu sanggup menghasilkan tindak balas yang khusus terhadap ransangan yang berbeza walaupun kecil. Pembelajaran diskriminasi adalah berkaitan dengan cirri-ciri yang jelas pada objek. Contoh pembelajaran diskriminasi ialah pelajar membezakan sejenis haiwan dengan haiwan yang lain seperti reptilia dengan mamalia. Pelajar perlu mengenali ciri-ciri yang membezakan kedua-dua jenis haiwan ini.
6- Pembelajaran konsep
Pembelajaran merupakan tindak balas umum terhadap satu kumpulan ransangan yang berbeza-beza dalam bentuk fizikalnya. Guru perlu membimbing pelajar untuk mengenal pasti cirri-ciri tertentu dalam sesuatu konsep yang dipelajari. Pembelajaran konsep hanya boleh berlaku selepas pembelajaran melalui rangkaian pertalian berbahasa dan diskriminasi. Pelajar belajar konsep melalui contoh-contoh yang jelas. Misalnya untuk mempelajari 'mamalia' pelajar perlu mengetahui tentang beberapa cirri seperti bulu, kelenjar susu, gigi dan perbezaannya berbanding dengan sisik dan bulu pelepah.
7- Pembelajaran Hukum
Pembelajaran ini melibatkan penggabungan dua atau lebih konsep yang berkaitan dalam sesuatu urutan atau rangkaian. Jenis pembelajaran ini melibatkan penggunaan rumus, prinsip, teori dan generalisasi. Pembelajaran hukum beraras tinggi kerana ia melibatkan pembelajaran konsep, rangkaian dan pertalian bahasa. Sebagai contoh, pelajar membuat soalan matematik yang melibatkan operasi tambah dan operasi darab. Soalan seperti ini melibatkan dua hukum yang berlainan. Penguasaan hukum adalah penting untuk peringkat pembelajaran penyelesaian masalah. Gagne telah memberikan lima prinsip pengajaran hukum :
Memberi maklumat yang betul
Menghuraikan cirri-ciri yang penting dalam sesuatu konsep
Mengajar dan memberi panduan lisan dalampembentukan rangkaian konsep yang berkaitan.
Menyoal pelajar tentang hukum-hukum yang telah dipelajari.
Menggalakkan pelajar supaya menghuraikan hukum-hukum yang telah dipelajari.
8-Pembelajaran penyelesaian masalah
Pembelajaran ini melibatkan penggunaan prinsip, rumus generalisasi, konsep dan hukum untuk menyelesaikan masalah dalam situasi baru. Pelajar perlu menggunakan kaedah penemuan dan membuat penyelesaian sendiri. Ia adalah peringkat pembelajaran yang paling sukar dan kompleks. Semua jenis kemahiran yang telah dipelajari sebelum peringkat ini digunakan dalam proses penyelesaian masalah. Terdapat langkah-langkah yang spesifik dalam proses penyelesaian masalah iaitu :
Mengenal masalah
Mencari maklumat
Membuat hipotesis
Memilih cara menyelesaikan masalah
Menguji hipotesis (melaksanakan pelan penyelesaian ).
Membuat rumusan (melihat kembali dan menyemak ).
Penyelesaian masalah adalah cara yang paling baik untuk mengajar pelajar kemahiran berfikir.
Aplikasi Prinsip-Prinsip Gagne Dalam Bilik Darjah
Guru mengajar mengikut lapan peringkat hierarki pembelajaran Gagne.
1- Pembelajaran Isyarat
a) Di peringkat awal proses pengajaran dan pembelajaran, guru menjalankan pembelajaran isyarat.
b) Sebagai contoh, guru menunjukkan sesuatu objek dengan menggunakan kad imbasan perkataan. Pelajar dikehendaki mengenali objek ini.
2- Ransangan gerak balas
a) Dalam pembelajaran ransangan gerak balas, guru mementingkan peneguhan
b) Sebagai contoh, guru boleh mendapatkan gerak balas yang positif daripada pelajar dengan memberi pujian kepada mereka. Jika pelajar membuat kerja masing-masing dengan senyap, guru perlu memberi pujian.
3- Rangkaian motor
a) Guru perlu mengajar sesuatu kemahiran secara berulang.
b) Contohnya, kemahiran hoki perlu diajar mengikut kemahiran-kemahiran kecil dalam urutan spesifik.
c) Prinsip ini penting dalam mata pelajaran-mata pelajaran seperti Pendidikan Jasmani, Muzik, Pendidikan Seni dan Kemahiran Hidup.
4- Prinsip pertalian bahasa
a) Sambil guru mengemukakan hujah, guru perlu menggalakkan kemahiran menulis pelajar supaya perkembangan bahasa berlaku.
b) Guru harus mengarahkan pelajar supaya menyebut dan mengeja konsep-konsep dan menulis nota mengenai ciri-ciri konsep yang penting.
5- Diskriminasi
a) Diskriminasi adalah aspek yang penting dalam penguasaan konsep.
b) Pelajar seharusnya dapat membezakan ciri-ciri penting dalam satu kategori dengan kategori yang lain.
c) Sebagai contoh, pelajar boleh mendiskriminasikan cirri-ciri binatang yang tinggal di kawasan kutub dan gurun.
d) Pelajar juga perlu tahu membezakan ciri-ciri yang penting dan kurang penting dalam sesuatu kategori.
6- Pembentukan konsep
a) Guru harus memastikan pelajar dapat membentuk konsep dengan mudah.
b) Dia harus mengenal pasti ciri-ciri penting dan tidak penting dalam sesuatu kelas atau kategori.
c) Sebagai contoh, pelajar dapat membentuk konsep tentang elemen-elemen cuaca seperti berikut :
Cuaca
suhu
kelembapan
hujan
d) Guru boleh mengemukakan soalan-soalan yang boleh memandu pelajar untuk membentuk konsep dengan mudah dan jelas.
e) Mengikut Tennyson dan Cocciarella (1986), terdapat empat langkah dalam pengajaran konsep, iaitu:
Menghuraikan sesuatu konsep dan memberikan cirri-ciri utama dan penting.
Menghuraikan istilah yang penting dalam definisi konsep.
Memberi contoh-contoh positif dan negative untuk menghuraikan cirri-ciri utama dalam sesuatu konsep.
Memberi contoh-contoh positif dan negatif tambahan mengikut pengelaan yang dibuat oleh pelajar dan mereka menerangkan pengelasan yang telah dibuat oleh mereka.
7- Pembentukan Hukum
a) Guru boleh mengajar hukum dengan menggunakan kaedah perbandingan, dan dengan mengaplikasikan hukum dalam situasi pembelajaran yang berlainan.
b) Guru harus memberikan arahan yang jelas, mudah dab memfokus kepada aspek-aspek yang penting dalam hukum.
c) Pelajar harus diajar untuk melihat perkaitan antara hukum-hukum yang berkaitan.
d) Guru perlu menguji kefahaman pelajar selepas sesuatu hukum diajar, melalui soalan dan ujian.
e) Pelajar juga digalakkan untuk membuat huraian sendiri mengenai sesuatu hukum.
8- Penyelesaian masalah
a) Dalam proses penyelesaian masalah,guru memberikan situasi masalah yang perlu diatasi oleh pelajar.
b) Guru memberi bimbingan kepada pelajar mengenai hukum dan konsep yang perlu diaplikasi.
c) Aspek yang paling penting dalam proses penyelesaian masalah ialah pelajar mencari jawapannya sendiri.
d) olya (1957), telah memberikan empat langkah dalam proses penyelesaian masalah, iaitu :
Memahami sesuatu masalah
Membuat pelan tindakan
Melaksanakan pelan tersebut
M enilai hasil dan keputusan pelan
Implikasi Teori Gagne Terhadap Pengajaran & Pembelajaran
Guru perlu menekankan sistem pembelajaran harus bermula daripada yang mudah kepada rumit. Selain itu proses pengajaran dan pembelajaran mestilah menurut hierarki kemahiran kecerdasan dan syarat didepan adalah syarat mutlak menguasai jenis pembelajaran kemudian.
Berdasarkan teori Gagne ini proses pengajaran dan pembelajaran mestilah dilakukan secara berulang-ulang iaitu pembelajaran melalui rangkaian. Sebagai contoh pengajaran seperti pembacaan teks melalui nyanyian yang berulang kali lebih diingati oleh pelajar berbanding hanya melalui kaedah biasa pembacaan teks.
Implikasi Teori Pembelajaran Terhadap P&P Kanak-Kanak Berkeperluan Khas
Bagi kanak-kanak berkeperluan khas mereka mempelajari sesuatu melalui pembelajaran isyarat, contoh kanak-kanak yang bisu dan pekak. Selain itu kanak-kanak yang menghadapi masalah penglihatan juga dapat mempelajari melalui objek sebagai isyarat sesuatu.
Sebenarnya kanak-kanak berkeperluan khas juga mempunyai naluri seperti kanak-kanak biasa, jadi ransangan gerak balas yang positif akan meningkatkan semangat mereka untuk belajar.
Kanak-kanak berkeperluan khas samaada menghadapi masal slow learner (lembam) , masalah pembelajaran, masalah pendengaran dan lain-lain lagi mestilah diajar secara berulang-ulang berdasarkan pembelajaran melalui rangkaian. Kaedah ini dapat menguatkan lagi ingatan pelajar.
TEORI PEMBELAJARAN AUSUBEL
Teori pembelajaran Ausubel juga dikenali sebagai teori pembelajaran penerimaan , kerana beliau menekankan proses penguasaan maklumat melalui bahasa yang bermakna. Dalam pembelajaran resepsinya , guru memberikan konsep-konsep dengan jelas dan tersusun supaya murid dapat menerimanya dengan lengkap dan baik.
Teori Pembelajaran Mazhab Kognitif David Ausubel
1. Resepsi (Pembelajaran Penerimaan)
- Ausubel telah mengemukakan model pengajaran ekspositori , iaitu guru menyampaikan maklumat lengkap dalam susunan yang teratur supaya pelajar dapat menerimanya dengan baik.
- Menurut Ausubel , guru boleh memberikan maklumat kepada pelajar secara tersusun dan teratur dalam bentuk kuliah dan ceramah.
- Pembelajaran secara resepsi biasanya dilaksanakan di institusi pengajian tinggi dan universiti kerana bilangan pelajar yang ramai.
- Walaupun guru memberi maklumat, idea-idea dan respon pelajar boleh dibincang bersama guru.
- Pembelajaran secara reseps dapat menjimatkan masa , tenaga , dan kos institusi yang mengendalikannya.
- Ausubel menyatakan bahawa jika pelajar ingin menguasai maklumat yang banyak , cara yang baik ialah melalui pembelajaran resepsi.
- Untuk kanak-kanak yang masih muda , cara pembelajaran resepsi adalah kurang menarik dan cepat dilupai oleh mereka.
2. Pembelajaran Penemuan
- Pelajar memperoleh maklumat secara bebas melalui usaha sendiri.
- Pelajar menggunakan rumusan dan analisis kendiri melalui prose scuba jaya , celik akal serta pemikiran intuitif kerana maklumat maklumat tidak diberikan oleh guru.
- Ausubel mementingkan pembelajaran bermakna kerana proses ini menghubungkan maklumat baru dan maklumat lama yang sedia ada dalam struktur kognitif pelajar.
- Cara ini amat berkesan dalam mengembangkan struktur kognitif individu untuk menghadapi rangsangan yang pelbagai.
- Pembelajaran penemuan adalah cara pembelajaran yang lebih menarik dan dapat memenuhi kehendak dan keperluan pelajar yang lebih matang.
3. Subsumption Terbitan dan Subsumption Korelatif
- Maklumat yang dipelajari oleh pelajar daripada pelbagai bidang akan menjadi struktur kognitif yang boleh diasimilasikan melalui proses subsumption.
- Pembelajaran bermakna boleh dilakukan melalui subsumption.
4. Subsumption Terbitan
- Dalam proses subsumption terbitan , maklumat baru akan terbit daripada pengetahuan sedia ada pelajar.
- Sebagai contoh , guru memberitahu pelajar bahawa semua binatang liar adalah bahaya. Apabila pelajar mempunyai pengalaman dengan binatang liar seperti melihat harimau di Zoo Negara , pemikirannya akan bertindak secara subsumption terbitan , iaitu ,
“ Harimau adalah binatang liar. Oleh itu harimau adalah seekor binatang berbahaya.”
5. Subsumption Korelatif
- Dalam proses subsumption korelatif , maklumat diterima melalui proses pengembangan makna dalam struktur kognitif.
- Ini bermakna konsep asas yang telah dipelajari dikembangkan lagi dalam pemikiran pelajar.
- Contohnya , seorang kanak-kanaktelah mempelajari fakta ayam betina bertelur. Apabila dia melihat penyu bertelur di pantai pada musim cuti sekolah , dia dapat mengaitkan pengalaman ini kepada fakta yang telah disampaikan oleh gurunya.
- Dia dapat mengaitkan kedua-dua peristiwa dalam struktur kognitifnya.
- Dia juga memperoleh maklumat tambahan kerana dapat melihat bagaimana proses penyu bertelur.
6. Penyusun Awal
- Ausubel menyatakan bahawa pembelajaran optima berlaku apabila terdapat perkaitan yang baik antara skema pemikiran pelajar dengan bahan pembelajaran yang baru.
- Tujuan penyusun awal ialah ialah mengaitkan idea baru dengan idea lama dan menggerakkan struktur kognitif pelajar supaya proses mengasimilasi maklumat baru menjadi lebih berkesan.
- Sebagai contoh , seorang guru yang ingin mengajar puisi dalam pelajarannya boleh menggunakan penyusun awal yang mudah seperti berikut :
“ Apa itu puisi?” dan membacakan satu puisi kepada pelajar.
- Penyusun awal juga boleh digunakan dalam set induksi permulaan sesuatu pengajaran atau sepanjang pelajaran.
- Ia boleh disampaikan dalam bentuk kenyataan, perenggan, soalan atau demonstrasi.
Menurut Ausubel , terdapat dua jenis penyusun awal.
i) Penyusun Awal Perbandingan
- Penyusun awal perbandingan mengingatkan pelajar tentang maklumat yang wujud dalam pemikiran
- Ia merupakan maklumat penting tetapi mungkin dilupai pelajar.
- Fungsi penyusun awal perbandinga ialah menolong mereka memanggil dan mengingatinya semula.
ii) Penyusun Awal Ekspositori
- Penyusun awal ekspositori memberikan pelajar pengetahuan baru yang mereka perlukan untuk pembelajaran topik baru.
- Guru boleh memberikan maklumat ini dalam bentuk penyataan atau dalam bentuk definisi konsep yang umum.
7. Pembelajaran Subordinat dan Superordinat
- Ausubel juga mengatakan pembelajaran bermakna boleh berlaku melalui pembelajaran subordinat dan superordinat.
- Pembelajaran subordinat dan superordinat berfungsi untuk menjadikan proses mengasimilasi bahan baru lebih mudah dan berkesan.
- Ia merupakan cara pembelajaran yang boleh menghubungkan idea dan pengalaman lama pelajar dengan maklumat baru yang hendak disampaikan oleh guru.
- Dalam pembelajaran subordinat atau deduktif , guru akan mengajar satu konsep terlebih dahulu dan ini akan diikuti dengan contoh-contoh yang khusus yang dapat mengukuhkan konsep tersebut.
- Contohnya ,
Konsep : Barang yang berat akan tenggelam
Contoh barang-barang berat
- Batu besar
- Kereta buruk
- Dalam pembelajaran superordinat atau induktif , guru akan memulakan idea baru dengan contoh yang banyak dan khusus supaya pelajar dapat gambaran umum terlebih dahulu. Kemudian guru menjelaskan prinsip yang terlibat.
- Contoh :
Daun Terapung
Bulu ayam Terapung
Prinsip Barang yang ringan akan tenggelam
8. Teknik Hafazan
- Pembelajaran bermakna lebih berkesan berbanding dengan teknik hafazan.
- Walau bagaimanapun , guru perlu mengajar tentang teknik hafazan.
- Teknik hafazan secara latih tubi perlu dalam proses menghafal dan mengingati rumusan dan sifiran.
Konstruktivisme
Bertitik tolak daripada pandangan Kognitivisme ini maka lahirlah satu pandangan tentang cara manusia belajar iaitu secara Konstruktivisme. Mengikut Konstruktivisme, pengetahuan dibina secara aktif oleh individu yang berfikir. Individu ini menyerap secara pasif sebarang pengetahuan yang disampaikan oleh gurunya. Murid akan menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada mereka untuk membentuk pengetahuan baru dalam mindanya dengan bantuan interaksi sosial bersama rakan dan gurunya.
Menurut MCBrien & Brandt,1997 - Konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan & bukannyahanya menerima pengetahuan orang lain.
Bagi Brinner, M,1999 pula mengatakan murid membina pengetahuan mereka dgn menguji idea & pendekatan berdasarkan pengetahuan & pengalaman sedia ada,mengaplikasikannya kpd situasi baru & mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud.
Berdasarkan kepada pandangan-pandangan diatas maka pengertian pembelajaran secara konstruktivisme bolehlah dirumuskan sebagai berikut:
Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan @ konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan & pengalamansedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yg diterima dgn pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.
Prinsip Teori Konstruktivisme
Pembelajaran merupakan satu proses yang aktif di mana murid mengguna input sensori (deria) untuk membinanya.
Murid belajar cara belajar semasa belajar. Ia meliputi membina makna dan membina sistem makna.
Sediakan aktiviti yang melibatkan minda selain tindakan fizikal dan pengalaman langsung.
Pembelajaran melibatkan bahasa dan Vygotsky menyatakan bahawa bahasa dan pembelajaran saling berhubung kait.
Pembelajaran adalah aktiviti sosial ; pembelajaran berkaitan dengan manusia lain , guru, rakan sebaya , dan lain-lain hubungan.
Pelopor Teori Konstruktivisme
i) Lev Vygotsky
Vygotsky banyak menekankan tentang konstruktivisme sosial di mana ilmu pengetahuan dibina berdasarkan kepada interaksi sosial , alat budaya , dan aktiviti yang membentuk pembinaan dan pembelajaran individu.
Contohnya , Vygotsky mencadangkan konsep pembinaan zon proksimal , di mana kanak-kanak boleh menyelesaikan masalah sesuatu masalah dengan bantuan orang dewasa , rakan atau guru (scaffolding).
Zon Perkembangan Proximal (ZPD)
1. Terdapat dua konsep penting dalam teori ini ( Slavin, 1997 ), iaitu Zon Perkembangan Proximal (ZPD) dan bantuan ( scaffolding).
2. ZPD merupakan suatu kemampuan untuk melakukan sesuatu dengan bantuan orang dewasa.
3. Dalam konteks pembelajaran, pelajar dan guru hendaklah bekerjasama untuk meningkatkan pelajaran dan membolehkan kanak-kanak melakukan kerja tersebut sendiri.
4. Dalam erti kata lain actual developmental level merujuk kepada semua aktiviti yang boleh dipersembahkan oleh seseorang kanak-kanak sendiri tanpa bantuan orang lain.
6. Sebaliknya, zone of proximal development ialah sesorang kanak-kanak atau pelajar melakukan sesuatu kerja dengan bantuan orang lain.
Implikasi Teori Kognitif Terhadap Proses Pengajaran dan Pembelajaran
1. Mengikut pandangan kognitif proses pengajaran dapat disifatkan sebagai pengumpulan , penyusunan dan penggunaan pengetahuan. Sesuatu dikatakan telah dipelajari apabila ia disimpan agar kekal sebagai pengetahuan , dan dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah.
2. Pembelajaran melibatkan dua proses mental yang disebut pengamatan (persepsi) dan konsep (tanggapan). Pengamatan ialah mengenali peristiwa atau mengaitkan maksud pada sesuatu perkara.
3. Pembelajaran melalui cara pengamatan menitikberatkan penggunaan bahan maujud.
4. Pembelajaran pengamatan menghasilkan pembentukan konsep , iaitu idea spesifik mengenai sesuatu. Perolehan pelbagai konsep digunakan untuk untuk memahami sesuatu pengalaman atau menyelesaikan masalah.
ii) Jean Piaget
Ahli psikologi kognitif yang paling terkemuka, Jean Piaget, melihat kanak-kanak sebagai murid aktif yang belagak seperti “saintis kecil”. Mereka membina teori sendiri tentang bagaimana dunia berfungsi dan mencari jalan untuk mengesahkan hati nurani ini.
Penyelidikan Piaget tertumpu kepada bagaimana manusia memperoleh ilmu pengetahuan, yang biasanya dipanggil sebagai “soalan epistemology”. Piaget berpendapat bahawa di sepanjang hayat, manusia melalui satu urutan empat peringkat pemikiran secara kualitatif.
Bayi memperoleh ilmu pengetahuan berdasarkan pengalaman sensori penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa dan bau.
Kanak-kanak prasekolah berkembang daripada peringkat memperoleh ilmu pengetahuan tentang dunia melalui persepsi mereka terhadap pengalaman sendiri di dunia. Kanak-kanak yang lebih dewasa mula mengaplikasikan peraturan logik untuk memahami bagaimana dunia berfungsi.
Remaja, dan Dewasa berkembang ke peringkat di mana mereka boleh mengaplikasikan logik kepada situasi andaian (hypothetical) dan sebenar.
Sebagai tambahan, Piaget percaya bahawa manusia sentiasa mencuba memberi pengertian tentang dunia dengan membuat membandingkan kefahaman dalaman mereka tentang bagaimana dunia berfungsi dengan persekitaran luaran. Beliau mencadangkan empat prinsip konsep berikut:
Organisasi
Ia adalah satu proses berterusan menyusun maklumat dan pengalaman ke dalam sistem mental atau kategori. Sistem mental atau kategori persepsi dan pengalaman ini dinamakan skema. Ia sebenarnya adalah pembinaan asas blok pemikiran yang membolehkan kita berfikir. Contoh skema adalah skema minum, skema kategori, skema penyelesaian masalh matematik dan lain-lain.
Adaptasi
Dalam proses mengorganisasi struktur mental kita, kita akan membuat penyesuaian terhadap persekitaran. Dua proses asas adalah asimilasi dan akomodasi.
Asimilasi
Ia adalah proses memasukkan peristiwa baru ke dalam skema yang sedia ada. Ini hanya seperti menambahkan data baru ke dalam fail data yang sedia ada. Tetapi data tersebut hendaklah sesuai dengan skema sedia ada. Dengan ini, asimilasi melibatkan percubaan memahami sesuatu yang baru dengan cara menyesuaikannya ke dalam sesuatu yang telah kita ketahui (Woolfolk, 1998). Contoh, pada peringkat permulaan, seorang kanak-kanak akan memikirkan seekot hamster sebagai seekor tikus belanda yang kecil. Kanak-kanak tersebut akan cuba memadankan pengalaman barunya dengan skema yang sedia ada tentang cara mengenal pasti binatang.
Akomodasi
Ia berlaku semasa kita mengubah skema yang ada dalam memberi respon kepada situasi baru. Ia melibatkan perubahan skema yang sedia ada atau membentuk skema baru dalam memberi respon baru kepada maklumat baru. Apabila maklumat baru tidak sesuai dengan skema yang ada, maka kita perlu sesuaikan pemikiran kita. Seperti contoh di atas, kanak-kanak tersebut akan tambahkan skema baru untuk mengenali hamster kepada sistem lain untuk mengenal pasti binatang. Ini dikatakan akomodasi.
Metakognisi
Keupayaan individu menggunakan kognitif (akal / pengetahuan) untuk mengurus maklumat.
a) Pengetahuan personal ; tahu kekuatan dan kelemahan diri.
b) Pengetahuan tugas ; tahu guna kemahiran selesaikan masalah.
(formula-matematik).
c) Pengetahuan strategi ; keupayaan pilih strategi lebih berkesan.
John Flavell (1976) – Metakognisi ialah pengetahuan seseorang tentang proses kognitifnya.
Metakognisi terbahagi kepada 3 variable (pemboleh ubah)
Faktor Mempengaruhi Metakognisi
Individu itu sendiri
Tugas yang diberikan
Strategi yang diguna pakai dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan
Persekitaran yang mengelilingi individu yang sedang berfikir
Teori pelaziman klasik Watson
Selain Ivan Pavlov, John B Watson merupakan seorang lagi ahli psikologi yang menggunakan perkataan behaviorisme untuk menerangkan perubahan tingkah laku dalam proses pembelajaran.
- beliau juga telah menjalankan kajian ke atas seekor tikus putih dan seorang kanak –kanak lelaki bernama Albert, yang berumur 11 bulan.
- Dalam kajiannya, beliau telah menunjukkan kepada kanak –kanak tersebut seekor tikus putih. Pada mulanya kanak –kanak tersebut tidak menunjukkan perasaan takut pada tikus tersebut, tetapi pabila satu bunyi yang kuat dikeluarkan serentak dengan kemunculan tikus tersebut, kanak –kanak tersebut menjadi takut dan menangis. Eadaan ini diulang beberapa kali sehingga menimbulkan perasaan takut kanak –kanak tersebut pada tikus putih.
- Berdasarkan penyelidikan ini, Watson menyarankan bahawa guru boleh mempengaruhi pengalaman pembelajaran pelajar dengan menentukan rangsangan yang akan didedahkan kepadanya dan jenis gerak balas tertentu yang akan dihasilkan.
- Dengan menggabungkan beberapa rangsangan, gerak balas tertentu dapat dikaitkan dengan pelbagai situasi.
- Kesimpulannya, dalam proses pengajaran, guru haruslah sentiasa memilih rangsangan yang menyeronokkan.
APLIKASI PRINSIP-PRINSIP SKINNER DALAM BILIK DARJAH
Pemberian peneguhan yang positif seperti pujian, wang, kata-kata perangsang, hadiah, token dan bintang bagi meneguhkan tingkah laku yang dikehendaki.
a) Sebagai contoh, guru memberikan Rahimah lima bintang kerana berjaya
menghasilkan lukisan tercantik dalam bilik darjah.
b) Pemberian peneguhan mesti diberikan secara tekal bagi menjamin ber-
ulangnya tingkah laku yang positif.
Objektif tingkah laku yang realistik dan penguasaan kemahiran secara berpering-
kat.
a) Guru memastikan objektif pengajaran yang ditetapkan realistik dan tidak
terlalu tinggi atau terlalu rendah arasnya.Ia mesti sejajar dengan kebolehan pelajar.
b) Guru juga perlu mengajar sesuatu kemahiran seperti bermain bola sepak
secara berperingkat-peringkat (seperti burung merpati bermain ping-pong)
supaya pelajar menguasai permainan tersebut dengan lebih berkesan.
Mengajar pelajar membezakan persamaan dan perbezaan di antara dua situasi
yang berlainan, supaya mereka dapat membuat generalisasi dan diskriminasi
dengan betul.
a) Generalisasi
(i) Guru perlu mengamalkan prinsip generalisasi dalam bilik darjah.
Pemindahan pembelajaran berlaku dari situasi A kepada situasi B.
(ii) Generalisasi membawa maksud melakukan tingkah laku yang sama dalam situasi yang berlainan.
(iii) Contohnya, sesetengah pelajar takut untuk menghadapi peperiksaan
UPSR. Guru boleh menasihatkan pelajar tersebut dan memberitahu
nya bahawa dia akan menduduki peperiksaan yang hampir sama
dengan ujian bulanan.
(iv) Oleh itu, pelajar tidak akan berasa begitu takut kerana dia sudah
biasa membuat ujian bulanan.
b) Diskriminasi rangsangan
(i) Guru perlu memastikan bahawa pelajar memberi fokus kepada
rangsangan yang betul dan dapat membezakan rangsangan-
rangsangan yang lebih penting dalam proses P&P.
(ii) Sebagai contoh, guru boleh memberitahu pelajar objektif
spesifik yang perlu dikuasai dalam sesuatu pelajaran.
(iii) Maka pelajar akan memberi perhatian yang lebih kepada
maklumat penting yang berkaitan dengan objektif pelajaran.
(iv) Ini menunjukkan bahawa pelajar dapat membuat diskriminasi
antara maklumat penting dan kurang relevan.
Pelajar boleh mempelajari dengan mengaitkan antara rangsangan dan gerak balas.
a) Ini bermakna tingkah laku pelajar boleh dilazimkan untuk gerak balas yang
diingini atau tidak diingini oleh guru.
b) Sebagai contoh, apabila guru masuk ke kelas (rangsangan) pelajar berdiri
dan mengucapkan ” Selamat Pagi ” (gerak balas). Guru pun memuji pelajar.
c) Tanpa arahan guru, pelajar akan terus melakukan tingkah laku ini setiap
kali seorang guru masuk ke dalam bilik darjah.
Rangsangan dan gerak balas diperkukuhkan melalui latihan.
a) Semakin kerap rangsangan dikaitkan dengan gerak balas semakin kukuh
gerak balas terlazim.
b) Sebagai contoh, seorang pelajar diberi peneguhan positif dalam bentuk
pujian untuk kerjanya yang kemas.
c) Kerja yang kemas akan berterusan, walaupun tiada pujian daripada guru.
Pujian Kerja kemas Kerja kemas berterusan
d) Guru juga dapat meningkatkan tingkah laku pembelajaran yang positif
dengan mengadakan perbincangan, projek dan aktiviti kumpulan di kalangan
pelajar.
Motivasi membangkitkan tingkah laku positif.
a) Guru perlu memotivasikan pelajar dengan ganjaran yang sesuai sebelum
mereka dapat mengawal tingkah laku pembelajaran yang dikehendaki
dalam P&P.
b) Sebagai contoh, guru perlu memberi motivasi seperti dalam bentuk pujian,
hadiah, kata-kata perangsang dan sebagainya untuk menbentuk tingkah laku
yang diingini.
c) Guru juga boleh meningkatkan motivasi pelajar dengan menyediakan suasana
pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan.
Penghapusan
a) Jika sesuatu tingka laku tidak diberi peneguhan ia boleh dikikiskan secara
perlahan-lahan.
b) Sebagai contoh, guru boleh mengikiskan perasaan takut yang dialami oleh pelajar
dalam situasi P&P.
c) Sebagai contoh, jika perlu takut untuk membuat pembentangan di hadapan
kelas, guru perlu meningkatkan keyakinannya secara berperingkat.
d) Pertama sekali, guru membiarkan pelajar itu membaca kepada kumpulan
yang lebih kecil semasa dia duduk, kemudian semasa dia berdiri.
e) Akhir sekali, baru pelajar itu diberi peluang membaca di hadapan kelas.
f) Ini dapat menghapuskan perasaan takut yang dialami oleh pelajar tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan