Khamis, 29 Julai 2010

Interaksi Renang


PJM3104 – RENANG
PENSYARAH: PN. NOORASHIKIN BT ISMAIL
                          EN. LEONG WENG TUCK
INTERAKSI 1
HARI: AHAD
TARIKH: 4/7/2010


1. Aktiviti pemanasan badan (stretching umum)
i) Dimulakan dengan kepala,dan seterusnya bahagian tangan, pinggang dan kaki

2. Cara turun ke dalam kolam renang
i) Duduk di tebing kolam dengan kaki berada di dalam kolam
ii) Pusingkan badan ke sisi
iii) Tahan sebelah tangan di tebing dan jatuhkan badan ke dalam kolam
iv) Pastikan badan menghadap tebing selepas badan diturunkan ke dalam kolam

3. Cara naik ke atas tebing kolam renang
i) Badan berada di dalam kolam dan menghadap tebing
ii) Letakkan kedua-dua telapak  tangan di atas tebing
iii) Angkat badan ke atas menggunakan kedua-dua belah tangan tadi
iv) Selepas melonjak naik ke atas tebing, pusingkan badan ke hadapan menghadap kolam

4. Water confidence– Bergerak mengelilingi kolam
i) Badan berada di dalam air
ii) Letakkan kedua-dua belah telapak tangan di atas tebing kolam
iii) Bergerak secara sisi mengelilingi kolam bermula dari kawasan cetek sehingga ke kawasan dalam dan kembali ke kawasan cetek
iv) Tangan berada di tebing dan kepala berada di permukaan air


5. Kawalan pernafasan – bobbing (bubbling)
i) Badan berada di dalam air dengan tangan berpaut pada tebing kolam
ii) Tarik nafas di atas permukaan air dan tahan
iii) Bengkokkan lutut,  muka berada di dalam air sambil menghembuskan nafas perlahan-lahan melalui mulut
iv) Ulang aktiviti ini sehingga pelajar mendapat rentak pernafasan yang betul
(Rujuk Rajah 1)



Rajah 1


6) Bergerak di dalam air
i) Secara berkumpulan, berada di sepanjang tebing (A)
ii) Setiap pelajar memegang tangan rakan yang berada bersebelahan
iii) Selepas arahan diberi, berjalan ke hadapan sehingga ke tebing bertentangan (B)
iv) Bermula dari tebing (B), bergerak semula ke tebing (A) secara mengundur
v) Bermula dari tebing (A) semula, pelajar dikehendaki berlari ke tebing (B) secara individu
vi) Aktiviti ini bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar  tentang rintangan di dalam air
7) Menyelam
i) Mengutip wang syiling di dasar kolam
ii) Seorang pelajar wajib untuk mendapatkan satu wang syiling setiap seorang

8) Menyelam melepasi rakan
i) 3 hingga 4 orang pelajar berbaris dalam satu barisan di dalam kolam
ii) Kaki dibuka seluas yang boleh supaya rakan lain boleh melaluinya
iii) Pelajar yang berada paling belakang mula menyelam melepasi bawah kaki rakan di hadapannya dan bangun semula ke atas permukaan air
iv) Teruskan sehingga melepasi semua rakan-rakan yang berada dalam barisan tersebut
v) Pelajar seterusnya akan melakukan aktiviti yang sama sehingga semua pelajar terlibat

9) Menyelam melepasi gelung
i) 4 orang pelajar memegang gelung secara sebaris
ii) Pelajar lain dikehendaki melepasi gelung pertama dengan masuk melalui atas gelung dan menyelam ke bawah untuk masuk ke dalam gelung tersebut
iii) Seterusnya, menyelam dari dalam gelung untuk keluar daripada dalam gelung tersebut
iv) Lakukan aktiviti (ii) dan (iii) secara berselang-seli sehingga ke gelung yang terakhir
(Rujuk Rajah 2)



Rajah 2

10) Gliding
i) Semua pelajar berada di sepanjang tebing kolam
ii) Sebelah kaki diletakkan ke dinding tebing kolam untuk bertindak sebagai penolak
iii) Rapatkan tangan dan luruskan tangan di atas kepala
iv) Tundukkan kepala dan tangan untuk masuk ke dalam air
v) Selepas bahagian kepala dan tangan masuk ke dalam air, tolakkan kaki yang berada di dinding untuk mendapatkan lajak
vi) Lakukan aktiviti ini berulang kali untuk meningkatkan kemahiran dan jarak lajakkan

11) Aktiviti penyejukkan badan
i) Lakukan cooling down untuk mengelakkan kesakitan pada otot yang terlibat selepas melakukan aktiviti

Happy Belated Birthday MAMA..

Pada hari ahad 25 Julai 2010, warga paragon telah menyambut hari kelahiran mentor yang disayangi yang jatuh pada 14 Julai. Persiapan yang dilakukan simple aje..cuma kek, hadiah untuk mentor dan air aje..tapi komitmen yang diberikan oleh semua warga paragon lebih bermakna dari segalanya.Kat sini ada la beberapa gambar yang diambil semasa majlis ini dilangsungkan dengan jayanya.
Ni gambar yang dibingkaikan dan dijadikan hadiah kenangan yang bermakna bagi warga paragon. Gambar ni diambil semasa selesai kelas renang...
























Nak tengok gambar lagi??..ada kat halaman gambar peristiwa. klik je kat link gambar peristiwa di sebelah ni..

Pengikut

Cari Blog Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...