Selasa, 17 Mei 2011

SELAMAT HARI GURU!

Pada 16 Mei setiap tahun sambutan Hari guru di Malaysia sering disambut setiap tahun bagi memperingati jasa-jasa guru yang banyak berbakti kepada kita. Mungkin pelbagai peristiwa suka dan duka kita bersama-sama guru semasa di sekolah ada yang tidak dapat kita lupakan sehingga kini. Di sini saya ingin berkongsi bait-bait sajak di bawah memberi seribu erti serta semangat kepada guru-guru khususnya bakal-bakal guru di seluruh Malaysia. 

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
  




Kesabaran menjadi seorang pendidik sememangnya sukar khususnya berhadapan dengan anak-anak murid zaman kini. Kesabaran itulah yang akan membuatkan guru senantiasa bersedia untuk menghadapi segala cabaran yang lebih sukar pada masa akan datang. Banggalah anda jika anda menjadi seorang guru walaupun profession keguruan ini tidaklah sehebat gaji Jurutera, tidak setaraf dengan pekerjaan Doktor tapi kitalah yang akan membentuk anak bangsa kita ini untuk menjadi doktor, Jurutera, Arkitek dan sebagainya.


Kami warga PJ Paragon mengucapkan Selamat Hari Guru. Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara.





Pengikut

Cari Blog Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...