Isnin, 1 November 2010

PJM 3105 PERTUMBUHAN, PERKEMBANGAN DAN PEMBELAJARAN MOTOR


Tajuk 1 Pengenalan Kepada Teori Pembelajaran Motor
Tajuk 2 Pertumbuhan dan Kematangan
Tajuk 3 Ciri-ciri Pembelajaran Motor
Sinopsis
Pembelajaran kemahiran motor adalah bidang pengajian pergerakan manusia yang focus kepada perubahan dari segi keupayaan kawalan dan prestasi motor yang berlaku hasil proses fizikal seperti praktis dan latihan. Tajuk ini bertujuan meningkatkan pengetahuan psikologi lakuan motor kepada peserta kursus. Pengetahuan dalam bidang ini akan memberi ruang kepada guru untuk mengaplikasikan kepelbagaian strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam usaha menghasilkan guru yang kreatif dan inovatif yang boleh menyumbang kepada perkembangan Pendidikan Jasmani di Malaysia.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir bab ini anda seharusnya dapat
1. memahami, mengetahui dan mengamalkan teori-teori pembelajaran motor
2. mengaplikasikan teori-teori pembelajaran motor dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
3. mengaplikasikan prinsip pemindahan pembelajaran kemahiran dalam permainan
4. menghuraikan ciri-ciri pembelajaran motor dari aspek teori dan amali.


TAJUK 5.1
Pengenalan kepada teori pembelajaran motor.
Pengenalan
TEORI PEMBELAJARAN adalah satu andaian teoretis (pendapat) tentang bagaimana sesuatu organisma itu belajar. Lantaran itu ia harus menyediakan alasan dan haluan bagi teori pengajaran seseorang di mana seorang guru boleh membentuk serta memudahkan pengajaran. Dalam aspek Pendidikan Jasmani, teori yang dipilih mestilah menyediakan satu asas munasabah untuk pemahaman pembelajaran dan satu senarai prinsip-prinsip pengajaran yang bersesuaian dengan teori pengajaran.
5.1 Pengenalan kepada teori pembelajaran motor
5.1.1 Definisi:
Pembelajaran motor;
Bidang pengajian pergerakan manusia yang fokus kepada perubahan dari segi keupayaan kawalan dan prestasi motor yang berlaku hasil proses fizikal seperti praktis dan latihan. Manusia dapat menanggani alam sekitar yang tidak menentu dengan kemahiran-kemahiran yang dipelajari.Kejayaan ini bergantung kepada keupayaan organisma mengadaptasi & mengatasi ciri-ciri persekitaran yang tidak menentu.
Kemahiran motor;
Kebolehan melakukan sebarang kemahiran bagi menghadapi persekitaran
yang tidak menentu dan kemahiran diguna secara maksimum dengan masa
dan tenaga (keupayaan) yang minimum



5.1.2 Teori Pembelajaran
Teori-teori Pembelajaran


Teori rangsangan-respons/ Teori kognitif/’field theory’
Connectionist
> Teori pelaziman klasik >Teori persepsi undang-
undang koffka
> Guthrie’s contiguous conditioning - Peraturan persamaan
- Peraturan melengkap
> Teori Thorndike
- Peraturan persediaan > Lewin’s field theory
- Peraturan senaman - Pembelajaran sebagai
- Peraturan kesan perubahan dalam
pengetahuan
> Teori pelaziman operan skinner - Pembelajaran sebagai
perubahan dalam
motivasi
5.1.3 Perbezaan teori pembelajaran asas
Teori rangsangan-respon/connectionist
Teori kognitif/field theory
1. S o R
1. s o r
2. Menganggap persekitaran sumber
asas untuk menerang, menjangka
mengawal tingkah laku/
pembelajaran
2. Tumpuan kepada interpertasi/
persepsi individu terhadap situasi
persekitaran dan interprestasi/
persepsi dipengaruhi oleh
pengalaman lepas dan semasa
3. Menganggap tingkah laku adalah
Hasil daripada perkaitan,
gabungan; pembelajaran berlaku
apabila perkaitan dikuatkan dengan latihan ulangan atau
apabila perkaitan baru diwujudkan.
3. Pembelajaran adalah hasil daripada
usaha individu untuk menganalisis
situasi, melihat/memahami pertalian
dan menyelesaikan masalah
4. Pengukuhan meliputi
(a) Memberi ganjaran kepada individu
apabila hasil diperolehi atau
(b) Kadang kala mengenakan denda
4. Persepsi ditegaskan dan bukan
Ulangan
5. Hasil pelaziman yang menegaskan
ulangan
5. Pengukuhan berlaku apabila individu
menemui pertalian, menyelesaikan
masalah atau mencapai tujuan
5.1.4 Teori-teori Pembelajaran Motor
Teori Pelaziman Klasik (Pavlov)
Ø Berlaku secara spontan dan semula jadi
Ø peneguhan negatif berlaku
Ø ujikajinya adalah untuk mengetahui sama ada tindakbalas yang dihasilkan adalah secara sendiri atau tidak
Ø klasik = kekerapan rangsangan yang sama supaya gerakbalas spontan yang diingini terhasil.
Ø Menekankan ulangan dalam latihan
Teori Pelaziman Operan Skinner
Ø operan = pembelajaran tingkah laku yang dapat diramal @ dikawal
Ø berkait dengan pengukuhan tindak balas. Tindakan yang dikukuhkan menjadi kuat dan tindakan yang tidak dikukuhkan menjadi lemah
Ø setiap lakuan yang dibuat diberi peneguhan yang positif (ganjaran)
Ø pembelajaran boleh dijangka berlaku melalui pengukuhan tindak balas yang betul
Ø Pengukuhan seharusnya berlaku serta merta sebelum tindak balas seterusnya, atau dalam keadaan lain pada tindak balas berikutnya.
Ø Apabila pengukuhan tidak berlaku serta merta, pengajaran berprogram adalah diperlukan.
Teori Perhubungan Thorndike
Ø pembelajaran sebagai proses cuba jaya
Ø perubahan biologi dalam sistem saraf
Ø teori bond & rangsangan-gerakbalas (R - G)
Ø gerakbalas yang dikehendaki diulang @ dirangsang sekerap sehingga menjadi automatik
Ø pembelajaran disebabkan tiga peraturan berikut:
(i)melalui Hukum Kesediaan - keupayaan fizikal harus sesuai
dengan tugas
- kematangan,prasyarat, motivasi,
umur, jantina, saiz badan
(ii)melalui Hukum Latihan - perhubungan dikuatkan melalui
latihan
- Jika latihan dihentikan, perhubungan
menjadi lemah dan akan hilang
- pembelajaran adalah automatik
dengan latihan
(iii)melalui Hukum Kesan - perhubungan menjadi kuat atau
lemah selaras dengan keseronokan
atau kesakitan yang berkaitan
dikendaki
- peneguhan positif @ negatif
Teori Pembelajaran Gestalt
Ø pendekatan secara persepsi
Ø pembelajaran ialah satu pengalaman yang disusun, bermakna dan diberi tanggapan
Ø 'Whole-Part-Whole-Learning'/ Pembelajaran Keseluruhan - Bahagian-bahagian - Keseluruhan
Ø keseluruhan lebih bermakna dari sebahagian
Ø 4 hukum pembelajaran : - kedekatan
- keserupaan/kesamaan
- kesinambungan
- penyempurnaan
Teori kognitif
(i) Lewin’s field theory
Ø Menegaskan perbezaan individu
Ø Bidang yang mempengaruhi tingkah laku individu meliputi:
- Faktor dalaman; pengalaman lepas dan
harapan/keinginan masa depan
- Faktor luaran/persekitaran;termasuk orang lain.
- Pembelajaran sebagai perubahan dalam pengetahuan
- Perubahan dalam struktur kognitif berlaku melalui proses
perbezaan dan menstrukturkan semula.
- Pembelajaran sebagai perubahan dalam motivasi
- Motivasi dipengaruhi oleh tujuan individu
(keperluan, nilai dan harapan) serta ganjaran luaran.
(ii) Teori persepsi undang-undang Koffka
(a) Peraturan persamaan
- Individu mempunyai kecenderungan untuk mengumpul pola
yang sama dari segi saiz, bentuk atau sifat lain.
(b) Peraturan melengkap
- Individu cenderung untuk melengkapkan pola diberi yang lengkap sebahagiannya.

Latihan 1 - Menguji minda anda !
Pengukuhan dalam pembelajaran motor meliputi ganjaran atau dendaan. Pada
pandangan anda sejauh manakah ganjaran dan dendaan ini harus dipraktikkan.



Latihan 2 – Menguji minda anda!
Konsep pendekatan 'Whole-Part-Whole-Learning'. (Pembelajaran Keseluruhan - Bahagian-bahagian – Keseluruhan) adalah satu teori pembelajaran yang diutarakan oleh Gestalt. Dengan merujuk kepada buku rujukan utama, jelaskan konsep ini.


TAJUK 5.2
Pertumbuhan dan Kematangan.
Pengenalan
Pengetahuan mengenai pertumbuhan dan kematangan adalah perlu untuk memastikan pembelajaran motor dapat dimaksimumkan sejajar dengan tahap kebolehan penerimaan pengajaran kemahiran. Pengklasifikasikan kemahiran pula membolehkan kita memahami sifat kemahiran berkenaan. Kefahaman ini membantu kita mempelajari suatu kemahiran atau meningkatkan prestasi kemahiran tersebut.
5.2.1 Klasifikasi kemahiran
5.2.1.1 Kemahiran motor kasar dan halus
Kemahiran halus
Halus/kasar
Kemahiran kasar
>-Melibatkan pergerakan
kecil;menggunakan otot
kecil.
>Sukar dilihat kecuali
hampir dengan pelaku.
Contoh:
-Melambung syiling
-Menulis
-Menggosok gigi
>Penggunaan otot besar dan otot kecil
Contoh:
-Hantaran bola berputar
sofbol untuk dipukul
-‘Lay-up’ bola keranjang
>Menggunakan otot besar
>Mudah dilihat
Contoh:
-Berjalan
-Berlari
-Berenang
-Menyepak bola
5.2.1.2 Kemahiran terbuka dan tertutup
Kemahiran terbuka
Kemahiran tertutup
>Persekitaran sentiasa berubah, tidak
stabil dan sukar diduga.
>Corak pergerakan kerap diadaptasi
>Lebih kepada daya persepsi
>Kerap lakukan corak kemahiran
berbeza.
> Prestasi sukar diramal
Contoh:
-Menerima servis bola tennis
-Menghantar shuttle ketika pukulan
rali dalam permainan badminton
-Bermain bola sepak
-Bergusti
-mengejar ayam
>Persekitaran adalah tetap dan stabil
> Kawal kecepatan sendiri
> Corak pergerakan 'stereotyped'
> Jarang guna mental (spontan)
> Lebih kebiasaan
Contoh:
-Penembak kesasaran yang statik
-Lontaran bebas bola keranjang
-Pemanah sedia memanah
-Melakukan aksi gimnas
-Menaip



Latihan 3 – Menguji minda anda!


Kemahiran boleh diklasifikasikan kepada kemahiran tertutup dan terbuka. Dimensi
apakah yang anda akan gunakan jika anda ingin mengklasifikasikan kemahiran
memandu kereta ataupun berjalan di atas tali?
5.2.1.3 Kemahiran self-paced dan externally paced
‘Self-paced’
‘Externally paced’
>Juga dipanggil internal paced atau
kemahiran tertutup
>Mengawal perlakuan mengikut
kemampuan diri
Contoh:
-Boling
-Larian 3000 m
>Pelaku bergantung kepada kelajuan/ pacing yang tidak dapat dikawal
Contoh:
-Sukan berpasukan
5.2.1.4 Kemahiran terasing, berurutan dan berterusan
Kemahiran terasing/diskrit
Kemahiran berurutan/serial
Kemahiran berterusan/continous
>Memerlukan satu usaha
>Permulaan dan penamat
kemahiran boleh dikesan.
Contoh:
-Lontaran bebas bola
keranjang
-Membaling anak panah
ke papan
>Melibatkan satu siri
pergerakan, dalam
turutan
>Merupakan pergerakan
terasing yang diulang.
Contoh:
-Servis tenis
-Lay-up bola keranjang
>memerlukan aksi
berulang
>Tiada titik mula dan
tamat bila-bila masa
sahaja.
Contoh:
-Mengayuh basikal
-Berkanu
-Berjalan
-Berlari
-Berenang

Latihan 4 – Menguji minda anda!

Bolehkah anda mengklasifikasikan kemahiran-kemahiran berikut berasaskan dimensi
kemahiran diskrit, berterusan dan bersiri dengan menandakan betul pada petak yang
berkenaan.
Kemahiran
Terasing
Bersiri
Berterusan
berenang
mengetuk paku
bermain dart
memandu kereta
rutin gimnastik
masuk gear kereta
berlari
menangkap bola
berbasikal
menembak
menendang bola
5.2.1.5 Dimensi Kemahiran Motor - Kognitif
Kemahiran motor
Gabungan kemahiran motor dan kognitif
Kemahiran kognitif
Minimum buat keputusan
Maksimum kawalan motor
Ada buat keputusan dan kawalan motor
Maksimum buat keputusan
Minimum kawalan motor
>lari pecut
>lompat tinggi
>angkat berat
>pitching sofbol
>menunggang kuda
>belayar
>pemain sukan
>main catur
>memasak
>tugas jurulatih



5.2.2 Pemindahan pembelajaran
5.2.2.1 Pemindahan pembelajaran
(i) Definisi – Merujuk kepada pengaruh pengalaman lepas/sedia ada terhadap perlakuan satu kemahiran pada kontek yang baru atau pada pembelajaran satu kemahiran yang baru.
(ii) Pemindahan positif – Berlaku apabila pengalaman pembelajaran sesuatu kemahiran yang lepas membantu pembelajaran sesuatu kemahiran yang baru. Contoh: Orang yang tahu bermain tenis senang belajar bermain golf.
(iii) Pemindahan negatif – Berlaku apabila pengalaman pembelajaran sesuatu kemahiran yang lepas menghalang atau menggangu pembelajaran sesuatu kemahiran yang baru. Contoh: Pemain tenis sukar untuk belajar bermain badminton.
(iv) Pemindahan sifar/tiada pemindahan – Berlaku apabila pengalaman pembelajaran sesuatu kemahiran yang lepas tiada memberi kesan atau mempengaruhi pembelajaran sesuatu kemahiran yang baru.
Contoh: Belajar untuk berenang kepada belajar hendak membawa
kereta.
(v) Pemindahan Bilateral - Berlaku apabila pemindahan pembelajaran berkaitan dengan pembelajaran tugasan yang sama tetapi dengan menggunakan bahagian kaki/tangan yang berbeza
(vi) Kenapakah pemindahan pembelajaran itu penting?
Kita telah mengambil kira bahawa prinsip adalah bentuk asas untuk;
-Membentuk asas untuk perkembangan kurikulum pendidikan.
-Membentuk asas untuk pengkaedahan pengajaran.
-Untuk perkembangan dan perlaksanaan pendekatan bersistem
kepada protokol pemulihan.
(vii) Pemindahan potensi pembelajaran dalam pengajaran boleh dimaksimumkan oleh instruktur kemahiran motor dengan mengambil kira garis-panduan di bawah ini supaya apa yang diajar adalah lebih berkemungkinan lebih untuk dipindahkan kepada situasi pembelajaran yang baru.
- Maksimumkan kesamaan antara pengajaran dan situasi pengukuran
sebenarnya.
- Sediakan pengalaman yang mencukupi dengan tugasan asal.
- Sediakan contoh-contoh yang berbagai apabila mengajar konsep-konsep dan prinsip-prinsip.
- Labelkan atau kenalpasti bahagian tugasan yang penting.
- Pastikan prinsip-prinsip umum difahami sebelum mengharapkan pemindahan yang berkesan.
5.2.2.2 Perbezaan Individu
Pembolehubah perbezaan individu adalah berdasarkan klasifikasi yang
dikemukakan oleh Fleishman (1972). Pembolehubah perbezaan individu dalam
aspek tahap kebolehan motor boleh dinilai berpandukan dua taksonomi
keupayaan motor yang dikemukakan oleh Fleishman iaitu:
(i) Keupayaan persepsi motor
Ciri-cirinya adalah:
· Koordinasi berbagai anggota – melibatkan interaksi semua anggota badan yang terlibat dalam sesuatu pergerakan.
· Ketepatan kawalan – merujuk kepada keupayaan mengawal kualiti pergerakan yang dihasilkan.
· Orientasi respons – merujuk kepada keupayaan untuk menghasilkan respon yang sesuai dengan keperluan persekitaran.
· Masa reaksi – merujuk kepada tempoh yang diambil untuk memulakan pergerakan selepas menerima rangsangan.
· Kelajuan respons – merujuk kepada masa yang diambil untuk melengkapkan pergerakan
· Keupayaan manipulasi jari – merujuk kepada keupayaan mengendalikan kemahiran halus yang melibatkan penggunaan jari seperti kemahiran bermain piano, menjahit dan ‘pitching’ bola sofbol.
· Keupayaan manual – merujuk kepada keupayaan mengendalikan kemahiran kasar yang melibatkan penggunaan keseluruhan bahagian tangan seperti menangkap dan membaling.
· Integrasi respons – merujuk kepada integrasi pelbagai maklumat sensori untuk menghasilkan pergerakan
(ii) Kecekapan fizikal
Ciri-cirinya adalah:
· Kekuatan statik
· Kekuatan dinamik
· Kekuatan ekplosif
· Kekuatan bahagian anggota atas
· Kelenturan statik
· Kelenturan dinamik
· Koordinasi asas
· Keseimbangan asas
· Daya tahan
(iii) Perbezaan Individu.
-Suatu proses yang berterusan & kekal



PERBEZAAN
INDIVIDU



Nature Ikhtiar Hidup
( (alam sekeliling & baka)
vs
Nuture (didikan)
Penguasaan Kemahiran
Motor Asas

Tumbesaran
(proses tumbesaran &
perkembangan)
Kemahiran Motor
Kompleks




Personaliti
Perbezaan
Kebolehan
= suatu proses yang kekal
= suatu proses yang bertimbal balik
Personaliti
v pola = sesuatu yang dibentuk
v tret = sesuatu yang diwarisi
v jumlah keseluruhan corak, tret, pola individu
v satu kualiti diri yang digambarkan mengikut suasana, keperluan, kelompok & keadaan yang berbeza & sentiasa berubah
Allport, 1955:
Satu organisasi psiko-fizikal yang unik & dinamik mengikut perubahan persekitaran.
Han Eysenck, 1960:
Satu organisasi yang stabil & menonjol yang dilihat sebagai sifat, perwatakan, tabiat, perangai, intelek & bentuk badan yang menentukan penyesuaian yang unik terhadap persekitaran.
Salvatore Meidi, 1970:
Satu set perwatakan yang stabil & boleh menentukan tingkah laku psikologikal yang tersusun dari tekanan sosial & biologikal
Sigmund Freud. 1959:
Satu corak tret yang unik & sebagai modaliti (rupa & gaya) yang bertindak balas antara satu dengan lain & membentuk sesuatu tingkah laku yang kekal.
Komposisi Personaliti Guilford, 1959:
sikap

aptitud minat
perangai personaliti keinginan



morfologi fisiologi
Perbezaan Individu dan Kebolehan Motor.
v Wujud oleh sebab individu ada personaliti & personaliti akan bertembung dengan kemahiran motor
v Perbezaan penguasaan kemahiran motor asas
v Perbezaan penyempurnaan tugas
v Kesanggupan individu melakukan berbagai tugas bergantung pada keupayaan
Perbezaan di antara kebolehan & kemahiran
Kebolehan Kemahiran
-tret yang diwarisi -dibina melalui latihan
-stabil & tahan -ubah suai dengan latihan
-bilangan tertentu (50 jenis) -tidak terbilang
-menjadi asas pada kemahiran -bergantung kepada kebolehan



5.2.2.3 Pembinaan Motor
Teori Pembelajaran Lengkaran Tertutup - Jack Adam, 1971
- berpunca dari proses pembelajaran



Rangsangan Sistem Mekanisme Efektor
Sensori Rujukan





Gerak Balas
Jejak Jejak
Ingatan Persepsi



Ingatan Lampau Pergerakan Pengetahuan
Mengenai
Keputusan
Laluan sensori dari otot,tendon, -keputusan
Sendi, mata, telinga (proprioseptor) hasil gerak
balas
Ø satu mekanisme dalaman
Ø satu kawalan secara automatik yang telah diprogramkan
Ø kita mengawal pergerakan sendiri dari mekanisme rujukan
Ø proprioseptor maklumat yang diberi kepada laluan saraf dari sistem sensori
Ø Pengetahuan mengenai keputusan (‘Knowledge of Results’) akan bersatu dengan Mekanisme Rujukan
Ø lupaan banyak kerana maklumat tidak diguna selalu
Ø apabila individu dapat memindahkan paradigmanya dari peringkat rendah ke tinggi (motor lisan ke pembelajaran motor) dan kalau individu dapat menguasainya kerlakuan kemahiran menjadi automatik
Ø sistem pemprosesan maklumat terdiri dari;
1. Intrinsik (Teori Lengkaran Tertutup)
2. Ekstrinsik (Teori Lengkaran Terbuka)
Ø Pengalaman lampau yang memberi/mengukuhkan jejak ingatan & jejak persepsi
Ø Persepsi Kinestatik keupayaan/kebolehan individu merasa kedudukan @ posisi seluruh anggotanya.
Teori pembelajaran Skema Schmidt





Rangsangan Organ Pemilihan Pemilihan
Deria pergerakan pergerakan
untuk
respon


Gerak balas




MAKLUM BALAS
Ø bagaimana individu boleh melakukan sesuatu respon dengan lebih tepat pada pergerakan yang tidak pernah dilakukan
Ø Skema satu set undang-undang
- langkah-langkah dalam menjalani satu proses yang berurutan
- memberi peluang untuk memilih maklumat penting
- kalau skema dapat diringkaskan maka pembelajaran menjadi senang
- kita mengawal & belajar segala kemahiran pada asas yang sama cuma
peringkatnya yang berbeza
- kalau maklumbalas adalah lebih awal, lebih pembelajaran berbalik berlaku akan menyebabkan pembelajaran menjadi lambat
Ø untuk mengurangkan tempoh pembelajaran, kita boleh melakukan
- kekerapan latihan
- Hukum Kesan EL Thorndike



Persamaan & Perbezaan Teori Pembelajaran Jack Adam & Schmidt
Persamaan:
Ø ada maklum balas/knowledge of results
Ø ada gabungan program motor
Ø berkaitan dengan rujukan/maklumat-maklumat perlakuan
Ø banyak pembinaan ingatan/persepsi
Ø mementingkan 'knowledge of results'
Ø ada latihan, lebih latihan jadi automatik
Perbezaan:
Ø Adam - setiap respon ada dalam ingatan
Schmidt - beberapa pergerakan yang dikeluarkan dijadikan
sebagai ingatan
Ø Adam - tumpuan pada pergerakan perlahan
Schmidt - skema pada beberapa jenis pergerakan
Ø Adam - kejayaan melakukan kemahiran baru tidak boleh
diambil kira
Schmidt - kejayaan itu penting kerana adanya skema yang
diikuti



5.2.2.4 Proses Pembelajaran Kemahiran
Fasa Pembelajaran Motor

Ø Fitts & Fosner Schmidt
status
KUASAI sosio-budaya
KEMAHIRAN visi&harapan
semangat
-Pergerakan licin -lebih cekap
atau automatik -pergerakan&analisis
-tanpa banyak data lebih automatik
berfikir -tumpuan pada gerakan
Tahap autonamus licin, gaya
(paling tinggi).


-kurang kesilapan -peningkatan program
gerakan kasar motor
-tumpu kemahiran -ketekalan tinggi
halus -antisipasi & timing
-boleh kesan kesilapan
Tahap asosiatif.
-banyak kesilapan -tentukan perlakuan &
-pergerakan kasar objektif
-banyak soalan -pergerakan tidak licin
kenal sub-rutin & -teragak-agak
urutan
Tahap kognitif lisan PENGENALAN
(paling primitif) KEMAHIRAN



5.2.2.5 Ingatan dan Lupaan
Sage (1984) mendefinisikan ingatan sebagai menyimpan maklumat dan memperolehi kembali maklumat berikutnya. Pembelajaran berkaitan dengan pengumpulan maklumat baru atau mempelajari kemahiran baru, dan ingatan merujuk kepada mengingati maklumat yang telah dipelajari atau kemahiran yang dipelajari.
Ø setiap organisma harus ada ingatan dalam pembelajaran motor
Ø supaya dapat mempelajarai & menguasai kemahiran
Ø merupakan satu konsep memproses maklumat
Ø supaya maklumat yang diproses dapat dikeluarkan untuk digunakan bagi tujuan mencapai respon
Ø sesetengah respon mungkin tidak dapat diselaraskan akibat gangguan ingatan
Ø apa jua situasi yang dihadapi melibatkan ingatan
Ø jika tidak, kita tidak dapat respon kepada apa-apa rangsangan
Ø maklumat diproses & disimpan dalam stor (otak) supaya dapat digunakan pada bila-bila masa
Howe,1970: > Ingatan menggambarkan keupayaan individu untuk mengingat dan
bukan menjelaskan terhadap peringatannya
> dapat menggunakan semula maklumat yang diproses
Tulving,1985: > Ingatan menggambarkan keupayaan yang membolehkan organisma
mendapat faedah/keuntungan dari pengalaman lepas
Terdapat 2 isu yang menjadi fokus bila mengkaji ingatan:
Isu 1 > Organisma sering menggunakan :-
a) Ingatan Motor - ingat pergerakan yang telah dilakukan
- jika banyak ingatan motor yang menganggu maka pembelajaran bersifat negatif
- jika sebaliknya, pembelajaran bersifat positif
b) Ingatan Lisan - cues, isyarat secara lisan yang dapat diingat kembali bagi membantu pembelajaran
Isu 2 > Peristilahan yang sering dikaitkan :-
a) Ingatan - keupayaan individu mengguna semula maklumat yang telah dipelajari
b) Lupaan - maklumat yang diproses & disimpan tanpa
susunan
- maklumat yang tidak diproses dalam satu saat
akan hilang



Proses Ingatan - Model Schmidt


INPUT KINESTATIK
PERSEKITARAN



STOR SENSORI JANGKA
PENDEK (1 SAAT)


MELALUI PEMILIHAN
PEMERHATIAN



OUTPUT INGATAN JANGKA
PERGERAKAN PENDEK (60 SAAT)
MELALUI PROSES MELALUI RAPTAI PEROLEHAN KEMBALI INGATAN JANGKA PANJANG
*Enkoding > memasukkan maklumat
*Dekoding > mengeluarkan maklumat
Stor Sensori Jangka Pendek
Ø maklumat disimpan oleh reseptor - 1 saat
Ø keupayaan tidak terhad
Ø kebanyakan maklumat hilang
Ingatan Jangka Pendek
Ø keupayaan terhad
Ø mudah diganggu
Ø boleh diukur - ulang maklumat serta merta
Ø maklumat boleh disimpan - 60 saat
Ingatan Jangka Panjang
Ø simpan kekal maklumat
Ø banyak raptai dilakukan - aktiviti sama
Ø ulangan - cara lain
Ø digubah/tukar kepada kod memori kekal
Ø maklumat bermakna
Ingatan : 2 komponen yang berfungsi
1. Ingatan Kerja - rakam maklumat dari sesuatu yang baru dilakukan
- perolehan kembali ingatan jangka panjang
- proses maklumat yang aktif
2. Ingatan Jangka Panjang - memori sebenar
- simpan secara kekal
- kejadian lepas
- pengetahuan am
- Tulving, 1985 : 3 sistem - prosedural (berurutan)
- semantic (merancang)
- episodik
Ingatan Prosedural
Ø membolehkan kita mengetahui bagaimana melakukan sesuatu
Ø memberi respon bersesuaian dengan kehendak persekitaran
Ø cara menghasilkan respon yang tepat
Ingatan Semantik
Ø kebolehan menyatakan sesuatu yang sukar dipersepsikan
Ø pengetahuan am, visi yang tajam (real)
Ø mengkonsepsi sesuatu hingga menjadi sesuatu yang realiti
Ingatan Episodik
Ø membolehan kita menjelajah ke belakang secara mental
Ø menghubungkan kejadian dengan masa
Ø mengaitkan kejadian penting dalam hidup - mampu menyatakan masa & di mana
Ø mengingatkan pengalaman @ episod dengan tepat
Sistem lupaan
Terdapat dua teori berkenaan lupaan iaitu teori lemah kesan dan teori gangguan. Teori lemah kesan mengandaikan bahawa masa menyebabkan ingatan menjadi lemah. Dalam pembelajaran kemahiran, ingatan menjadi lemah apabila latihan tidak diteruskan kerana sebarabg oerubahan dalam system saraf menjadi lemah apabila tidak diperkukukuhkan melalui latihan. Teori gangguan pula mengandaikan bahawa pembelajaran baru menganggu ingatan simpanan maklumat yang telah dipelajari sebelum ini. Sebagai contoh pembelajaran pukulan kilas badminton mengganggu pembelajaran baru pukulan kilas skuasy dan sebaliknya, kerana kedua-dua menggunakan pergerakan pergelangan tangan yang berbeza.


Latihan 5


Teori Pembelajaran Lingkaran Tertutup Jack Adam dan Teori Pembelajaran
Skema Schmidt membincangkan bagaimana program motor berlaku semasa
seseorang itu melakukan sesuatu kemahiran.
Bincangkan persamaan dan perbezaan di antara kedua-dua teori pembelajaran
tersebut dengan bantuan kepada buku rujukan dan gunakan pengurusan grafik.
TAJUK 5.3
Ciri-ciri Pembelajaran Motor.
Pendahuluan
Menurut Tuckman (1978), teori adalah suatu himpunan konsep, definisi dan saranan yang saling berkaitan dan memberi gambaran teratur tentang sesuatu fenomena dengan menyatakan hubungan atau pertalian antara pembolehubah-pembolehubah untuk menerangkan dan meramalkan fenomena itu. Dengan adanya teori, penyelidikan dapat dijalankan untuk memberi dan memperkembangkan ilmu pengetahuan, dan dapat memahami, menjangka dan mengawal sesuatu hasil. Dengan adanya pengetahuan mengenai teori psikologi sukan, guru pendidikan jasmani, jurulatih ataupun atlit sendiri akan dapat mengaplikasikan semasa terlibat dalam sukan. Biasanya atlit elit dapat menggunakan teori-teori tersebut semasa mereka bertanding terutamanya penggunaan latihan mental yang ketara.
5.2 Ciri-ciri Pembelajaran
5.3.1 Latihan Mental
Pengenalan
Selain memberi penumpuan dan penegasan kepada aspek fizikal, kita juga perlu mengimbangkan aspek-aspek mental di dalam menghadapi sesuatu pertandingan sukan. Latihan mental ini boleh diadakan sebelum atau semasa menyertai pertandingan untuk membantu para ahli sukan ke arah pencapaian yang lebih cemerlang di dalam bidang sukan yang diceburi. Latihan mental digunakan untuk menunjukkan kesediaan yang akan berlaku pada diri individu. Konsep latihan mental mungkin lebih mudah difahami sekiranya ia dianggap sebagai latihan tanpa gerak atau latihan dalaman.
5.3.1.1 Kegunaan dan Kepentingan
1. Untuk membina kecekapan murid dalam sesuatu kemahiran dengan lebih cepat, menyeluruh dan mendapat kefahaman yang lebih meluas.
2. Penggunaan yang lebih berkesan dapat dilakukan apabila kemudahan penglibatan secara berpasukan dengan menggunakan peralatan yang terhad.
3. Latihan mental dapat memperbaiki prestasi dan persembahan ahli sukan di samping dapat membantu ahli sukan mengurangkan kesilapan dan kesalahan yang mungkin berlaku.
5.3.1.2 Teknik-teknik dalam Latihan Mental
1. Teknik Percubaan - Tumpuan asas adalah ke arah membolehkan seseorang memahami kemahiran sebelum memulakan latihan mental dan pelaziman bagi kemahiran adalah perlu dilatih dengan betul.
2. Teknik Praktis - Terdapat beberapa cara di mana individu boleh mempraktikkan secara mental untuk memperbaiki pergerakan.
3. Teknik Ulasan - Tumpuannya adalah menggalakkan untuk mengingat kembali secara mental seluruh pertunjukan dan cuba merasai kinestatik dan isyarat-isyarat lain berhubung dengan tindakan itu.
5.3.2 Motivasi
Definisi
Motivasi ialah satu istilah yang luas yang merujuk kepada suatu tingkat ke arah memperbaiki pergerakan dan tindakan.
5.3.2.1 Teori-teori Motivasi;
1. Teori Keutamaan Keperluan - Mengikut Hull dan Freud, semua perlakuan manusia adalah bertujuan untuk memenuhi kekurangan yang terdapat dalam diri manakala Cannon memperkenalkan konsep 'homeostasis' yang merujuk kepada proses yang membolehkan sesuatu organisma mengekalkan keseimbangan fisiologinya dengan menyeimbangkan penyesuaian dalaman dengan penekanan luar.
2. Teori Kepelbagaian Faktor - Tolman menyebut keadaan ini sebagai 'keperluan primer' (lapar, haus dan sebagainya), 'keperluan sekunder' (perhubungan sosial dan kuasa) serta 'keperluan tertiari' (tingkah laku pembelajaran yang melibatkan berbgai-bagai kegiatan bermatlamat). Senarai keperluan oleh Murray termasuk suka bergaul dengan orang lain (affiliation), suka membantah akan orang lain (dominance) dan dorongan memerhati serta mengemukakan soalan-soalan dan sebagainya (cognizance). Senarai McDougal termasuklah kecenderungan untuk menjelajah, kecenderungan untuk bertindak secara agresif, kefcenderungan untuk bercampur gaul dan kecenderungan untuk menguasai sesuatu.
5.3.2.2 Sumber
1. Instrinsik (dalaman) – berdasarkan keyakinan diri, kebolehan, kemahuan
dan keinginan untuk melakukan sesuatu aktiviti.
2. Ekstrinsik (luaran) – berdasarkan ganjaran (positif/negatif), orang
tersayang, persekitaran
5.3.2.3 Faktor-faktor Mempengaruhi Tingkat Motivasi.
1. Kesediaan untuk bertindak.
2. Motif mempengaruhi pergerakan.
3. Keletihan sebagai motivasi negatif.
4. Ganjaran, hukuman dan pergerakan.
5. Kegagalan masa lalu.
5.3.2.4 Sumber-sumber Motivasi.
Umumnya terdapat empat sumber utama motivasi pada seseorang:
1. Persetujuan sosial dan ganjaran-ganjaran sosial yang lain (dari luar atau orang lain).
2. Ganjaran dalam bentuk wang atau kebendaan.
3. Kecenderungan, minat dan kepelbagaian aktiviti.
4. Ganjaran keseluruhan daripada diri sendiri dan psikologi pelatih.
5.3.2.5 Apakah yang Memotivasikan Ahli-ahli Sukan Berusaha.
Faktor-faktor itu antaranya adalah seperti berikut:
1. Mencari ketegangan dan mengatasinya.
2. Kejayaan dalam kecemerlangan.
3. Status.
4. Keperluan dipunyai.
5. Ganjaran yang nyata.
5.3.2.6 Kemahiran Memotivasikan Diri
Antara teknik yang biasa digunakan untuk memotivasikan diri individu adalah penetapan matlamat perlakuan dan kata-kata rangsangan diri.
a. Penetapan matlamat
Satu proses kognitif yang digunakan untuk meningkatkan prestasi dengan membuat sasaran tertentu yang sentiasa dinilai sebagai panduan untuk mencapai sasaran tersebut.
Tahap-tahap Penetapan Matlamat
i. Matlamat Jangka Panjang
Matlamat terakhir dalam perancangan seseorang atlit atau pasukan dalam mencapai sasaran yang ditetapkan.
ii. Matlamat Jangka Sederhana
Matlamat pertengahan dalam perancangan seseorang atlit atau pasukan untuk menilai sama ada atlit atau pasukan tersebut berada di landasan yang betul untuk menepati matlamat terakhir.



iii. Matlamat jangka Pendek
Matlamat harian atau mingguan yang digunakan untuk menilai sama ada atlit atau pasukan tersebut berada dilandasan yang betul untuk menepati matlamat jangka panjang.
Matlamat tersebut memainkan peranan sebagai pemangkin untuk memotivasikan individu tersebut disamping menjadi panduan untuk menilai sama ada apa yang dirancangkan menepati matlamat.
b. Kata-kata Rangsangan Diri
Kata-kata perangsang atau perkataan yang boleh digunakan untuk meningkatkan motivasi, keyakinan diri serta intensity usaha seseorang individu atau pasukan (Contoh: Malaysia Boleh) ataupun perkataan yang menggambarkan cirri-ciri tertentu (“kuat seperti harimau”), kata-kata hikmat (“andalah yang terbaik”) serta doa.


Latihan 6 – Menguji minda anda!


“Motivasi dan kesepaduan pasukan”. Dengan merujuk kepada buku rujukan asas, beri pandangan anda mengenai kenyataan tersebut.
5.3.3 Kematangan.
Definisi
Kematangan adalah kemunculan sebarang ciri-ciri yang menunjukkan kesempurnaan pelaksanaan. Perkembangan ciri-ciri ini bergantung kepada fungsi neurologi dan berlaku pada hayat awal individu. Kadar kematangan akan berkurangan dan akan sampai sepenuhnya pada umur dua puluhan tahun.
5.3.3.1 Peringkat Perkembangan.
Piaget membahagikan fasa motor pancaindera kepada enam peringkat:
1. Peringkat pantulan - bulan pertama usia seseorang. Cirinya adalah pantulan mudah.
2. Reaksi bulat primer - bulan kedua dan ketiga yang mana bayi akan mengulang tindakan motor seperti membuka dan menutup genggaman.
3. Reaksi bulat sekunder - tindakan dilakukan adalah atas keputusannya, misalnya, bayi akan menyepakkan benda berulang-ulang sebab dia dapat keseronokan daripada hasilnya.
4. Kordinasi reaksi sekunder - peringkat ini berlaku pada bulan ketujuh hingga bulan kesepuluh, dan bayi akan melakukan sesuatu tindak balas yang sudah dipelajari supaya mendapat satu matlamat yang diingini.
5. Pergerakan bulat ketiga - peringkat ini berlaku pada bulan ke 11 hingga ke 18, di mana bayi akan menggunakan tindak balas yang berbeza supaya mendapat matlamat yang sama.
6. Kombinasi akal - berlaku pada bulan ke 18, di mana kanak-kanak belajar berfikir melalui sesuatu tindakan dan akan menimbang kemungkinan akibatnya sebelum dia bertindak, dan ini adalah permulaan pemikiran konseptual.
5.3.3.2 Kesan Daripada Perbezaan Umur, Seks dan Kematangan.
Adalah tidak sesuai untuk menggunakan umur kronologikal untuk mengukur peringkat kematangan seseorang. Beberapa penyelidikan menunjukkan bahawa kekuatan otot dan kecekapan motor berkembang dengan umur kronologikal semasa persekolahan.
5.3.3.3 Pembelajaran dan Kematangan.
Fitts dan Posner (1967) menjelaskan bahawa kemahiran umum, di mana walaupun refleksif dalam semula jadi namun harus dipengaruhi oleh pembelajaran. Namun demikian, corak asas mereka diwarisi oleh struktur baka manusia. Idea kemahiran kematangan di mana pembelajaran memainkan peranan yang terhad dan hanya betul apabila sesuatu aras kematangan telah tercapai, juga adalah suatu kategori tingkah laku kemahiran yang diterima terutama sekali kemahiran lokomotif di mana pembelajaran kemahiran bergantung.
5.3.4 Kebimbangan
Definisi
Kebimbangan merupakan suatu keadaan di mana wujud perasaan takut atau gementar atau merasakan alamat buruk terhadap sesuatu perkara yang berlaku atau yang akan berlaku, sama ada pada diri seseorang ataupun pada orang lain yang mempunyai pertalian atau kaitan dengan orang lain.
Freud membahagikan kebimbangan kepada tiga kategori seperti berikut:
1. Kebimbangan sebenar, iaitu ketakutan yang normal yang dihadapi oleh seseorang pada kedudukan dan suasana yang juga normal.
2. Kebimbangan neurotis, yang merupakan ketakutan terhadap hukuman bagi pencabulan atau pencerobohan atau penglibatan masa depan.
3. Kebimbangan moral, yang merupakan ketakutan pada sesuatu hukuman atau dendaan bagi kelakuan yang tidak diterima oleh masyarakat.
Dua jenis kebimbangan lain yang wujud daripada pelaksanaan atau perlakuan seseorang di dalam aktiviti sukan yang berkaitan dengan gerak balas atau tingkah laku ialah:
1. Kebimbangan kecerdasan
2. Kebimbangan kegagalan
5.3..4.1 Kesan dan Akibat Kebimbangan.
Dalam sukan, kebimbangan boleh mengakibatkan kesan yang tidak sihat sehingga dapat pula menggugat prestasi atau pencapaian seseorang. Kebimbangan yang serius boleh mengakibatkan gangguan fikiran dan jiwa, dan mampu pula berlaku breakdown. Kebimbangan boleh berlaku sebelum, semasa dan selepas sesuatu perlaksanaan perlakuan. Kebimbangan yang berlaku pada seseorang semasa bertanding akan memberi peluang kepada pihak lawan untuk mengambil kesempatan dan peluang untuk meraut kemenangan.
Mengatasi Kebimbangan.
Prinsip kepada setiap keadaan kebimbangan ialah menerusi perlakuan atau amalan yang betul serta diperkuatkan dengan sifat yakin pada diri sendiri.
Antaranya;
1. Menjalankan latihan dan penyesuaian dalam sukan yang dipilih sebelum bertanding.
2. Mempelajari juga bagaimana untuk melawan atau mengatasi setiap keadaan yang boleh mempengaruhi persembahannya dalam pertandingan sebenar.
3. Latihan kemahiran dan pembelajaran motor adalah cara paling berkesan bagi seseorang mengelakkan diri daripada keadaan kebimbangan.
4. Latihan yang bersistem mampu menghasilkan kejayaan yang diharapkan malahan pencapaiannya kadang-kadang jauh lebih baik daripada mereka yang tidak mengikut latihan atau tidak memandang berat akan latihan yang diajukan kepadanya.
5. Menanam semangat dan disiplin yang tinggi.



5.3.4.3 Teknik Mengurangkan kebimbangan.
Antara teknik psikologi yang boleh digunakan adalah;
1. Terapi pernafasan
Teknik: Menarik satu nafas yang panjang dan menghembuskannya perlahan-lahan. Dilakukan berulang kali sehingga berasa tenang atau releks
2. Pemusatan (centering)
Teknik: Menarik nafas yang panjang seperti terapi pernafasan serta menumpukan perhatian (pemusatan) kepada titik di belakang pusat dan di tengah badan kita. Dilakukan dalam keadaan berdiri pada kedudukan yang selesa.
3. Relaksasi
Teknik: Mengecut dan merelakskan otot secara progresif. Boleh dilakukan secara duduk atau berbaring.
4. Visualisasi
Teknik: Membayangkan sesuatu yang boleh menenangkan individu apabila mereka berada dalam keadaan tertekan atau bimbang.
5.3.4.3 Tekanan.
Tekanan boleh ditakrifkan sebagai suatu pergerakan atau tindakan yang datangnya dari persekitaran ke atas individu. Tekanan juga dikatakan suatu keadaan yang tidak seimbang sementara pada fisiologi yang akan mendorong seseorang untuk melakukan sesuatu, akibat daripada tekanan yang mengancam dirinya.
Tiga kategori tekanan;
1. Tekanan tugas (task stress)-cara individu menyesuaikan diri pada input yang keterlaluan atau yang berlebihan.
2. Tekanan persekitaran (environmental stress)-cara individu bertindak kepada tekanan persekitaran.
3. Tekanan yang optimum (optimal stress)-tekanan yang memandu seseorang untuk memilih hasil usaha yang cemerlang.
5.3.4.4 Kesan dan Cara Mengatasi Tekanan.
1. Menerusi latihan seseorang itu dapat mel;akukan sesuatu tugas dengan baik dan berkesan dibandingkan dengan mereka yang tidak mengikuti latihan.
2. Pendedahan yang berulang kali kepada tekanan mental dan emosi akan menyebabkan berlakunya penyesuaian dalam setengah-setengah gerak balas tekanan.
3. Pendedahan yang kronik (seperti pelaziman fizikal) ke atas tekanan selalunya mengakibatkan adaptasi ke atas tekanan tersebut.

Latihan 7 - Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan
atau pusat sumber yang berdekatan.


Kegelisahan merupakan satu faktor yang sering menghantui atlit terutama mereka yang baru atau yang kurang pengalaman dalam menghadapi situasi pertandingan pada tahap yang lebih tinggi. Kegelisahan berpunca daripada tekanan dan kebimbangan.
Dengan merujuk kepada buku rujukan utama, senaraikan beberapa tanda atau symptom kegelisahan.
Latihan 8 - Latihan Berstruktur :
Arahan: Tulis jawapan anda pada ruang yang disediakan
(a) Berikan ciri-ciri untuk setiap peringkat proses mempelajari kemahiran-
kemahiran motor berikut:
i. Peringkat Kognitif
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
ii. Peringkat Pemantapan
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
iii. Peringkat Automatik
______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________
(b) i. Berikan satu contoh situasi di mana pemindahan pembelajaran
secara bilateral telah berlaku.
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
ii. Berikan satu contoh situasi di mana pemindahan pembelajaran
secara negatif telah berlaku.
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________

Latihan 9 : Latihan Berstruktur :
(a) Berikan definisi untuk setiap perkara berikut:
i. Kemahiran tertutup
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
ii. Kemahiran terbuka
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
iii. Kemahiran diskrit
__________________________________________________________
__________________________________________________________
(b) Berikan satu contoh kemahiran motor untuk setiap kenyataan berikut :
i. kemahiran tertutup_____________________________________
ii. kemahiran terbuka_____________________________________
iii. kemahiran diskret______________________________________
iv. kemahiran 'continuous'__________________________________
UNIT 1 : Soalan Tutorial
Rangkakan satu rancangan mengajar yang lengkap mengenai sesuatu kemahiran pilihan anda yang diajar selama 60 minit dengan memasukkan teori-teori pembelajaran kemahiran motor yang telah anda pelajari.


UNIT 2 : Soalan Tutorial
Perolehan sesuatu kemahiran bergantung kepada bagaimana seseorang guru memilih pendekatan untuk mengajar. Banding bezakan pendekatan berasaskan teori-teori pembelajaran motor untuk mengajar suatu kemahiran tertutup dan suatu kemahiran terbuka.
Rumusan
Setelah mengikuti modul ini anda seharusnya telah meningkatkan kefahaman anda tentang psikologi lakuan motor dan dapat mengaplikasikan teori-teori pembelajaran motor tersebut di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mikro atau praktikum. Pengetahuan mengenai bidang ini juga dapat membantu anda memahami persoalan yang timbul .disebalik prestasi yang ditunjukkan oleh atlit yang menyentuh tentang latihan mental, motivasi, kebimbangan/tekanan dan kematangan. Persoalan-persoalan tersebut boleh anda huraikan dan akhirnya mengambil tindakan susulan untuk mengatasi masalah berkaitan.


Itu saja yang perlu anda lakukan.......SELAMAT BERJAYA!
5.4 Bacaan Asas
Wee Eng Hoe. (1998). Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (Pengkhususan).Kuala Lumpur : Penerbit Fajar bakti Sdn. Bhd.
Mohd. Sofian Omar Fauzee (2002). Psikologi Sukan – Daya Tahan mental dan Emosi Di Kalangan Atlet. Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Mohd. Sofian Omar fauzee (2002). Pendekatan Psikologi Dalam Menangani Masalah Atlit. Kuala Lumpur : Karisma Publications Sdn. Bhd.
5.5 Rujukan
Bucher, C.A. (1983). Foundation of Physical Education (9th. Ed.). St. Louis : C.V.
Mosby.
Graham, G. (1992). Teaching Physical Education : Becoming A Master Teacher.
Champaign, IL : Human Kinetic.
Mosston,M.(1981). Teaching Physical Education. London Sydney : Charles E. Merill
Pub, Co, A. Bell, Howell.
Randall L.E. (1992). The Student Teacher’s Handbook For Physical Education.
Champaign IL: Human Kinetics.
Magill Richard A. (1998). Motor Learning: Concepts And Applications – 5th ed. . McGraw-Hill
Debra J. Rose (1997). A Multilevel Approach To Study Of Motor Control and Learning.
Allyn and Bacon
Schmidt, R.A. (1991). Motor learning and performance: from principles to practice. Champaign, IL: Human Kinetics.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengikut

Cari Blog Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...