Salam and greeting to all
Penuntut IPG mesti tertanya-tanya bagaimana sebenarnya format sebenar Laporan Bina Insan Guru sampai tanya semua abang dengan kakak senior segala. Lepas itu lihat pula format yang rakan anda buat lain dari format yang anda buat. Mesti rasa macam nak head-banging kat dinding sampai masuk dalam ICU. Sebenarnya ikut kreativiti pensyarah IPG masing-masing mahukan bentuk laporan anda itu dilakukan macam mana. Lagipun Laporan BIGkan hanya perlu di'submitkan' pada mentor. Kalau mentor anda cerewet mungkin laporan anda perlu ditulis panjang lebih 50 muka surat ke, kena letak gambar sampai 10 muka surat sampai habis dakwat printer ke, nasiblah. Admin khususnya PJ Paragon hanya melakukan Laporan Bina Insan Guru mengikut kretiviti sendiri juga makanya anda semua jangalah risau. Okey, di sini admin mahu berkongsi Format Laporan kami Siri 3/2010.
Pertama...
Kena ada muka depan seperti anda buat assignment tiap-tiap semester tu. Perlu ada lambang IPG kita sendiri, lambang Kementerian Pendidikan dan lambang IPG Malaysia. Letak nama penuh, noK/P, alamat ke, no telefon ke dan lain-lain.
buat Halaman Judul satu muka surat.
LAPORAN BINA INSAN GURU
SIRI 3/2010
29 MAC – 1 APRIL 2010
Baik rakan-rakan. Disebabkan BIG Siri 3/2010 pada kali ini kami lakukan aktiviti perkhemahan di dalam insitut kami sendiri selama 4 hari 3 malam maka kami perlu menulis laporan atau tulis diari setiap hari dan perlu dimuat turun dalam laporan BIG. Okey, CONTOH:
Laporan Program Bina Insan Guru (BIG)
PISMP Pendidikan Jasmani Semester 1 Siri 3/2010.
Isnin, 29 Mac 2010
Pada 29 Mac– 1 April 2010, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Darulaman telah mengadakan program Bina Insan Guru (BIG) di Pusat Kegiatan Kokurikulum IPG Kampus Darulaman. Para peserta program ini terdiri daripada tiga kelas, iaitu PISMP Pengajian Agama Islam Semester 1, PISMP Pendidikan Jasmani Semester 1, dan PISMP Pemulihan Bahasa Cina Semester 1. Program BIG ini disertai seramai 57 orang, iaitu seramai 21 pelajar lelaki dan 36 pelajar perempuan. Program ini diketuai oleh Encik Nasrul bin Samsuar selaku Kem Komandan Program BIG Siri 3 2010. Saudara Mohamad Syafik bin Yakop telah dilantik sebagai pengerusi program BIG...
Tulis laporan anda pada hari...
Selasa
Rabu
Khamis
Keempat...Wajib ada REFLEKSI INDIVIDU. CONTOH:
Refleksi Individu
Setinggi-tinggi kesyukuran yang tidak terhingga di panjatkan kepada Allah S.W.T kerana saya, NAMA PENUH ANDA peserta Bina Insan Guru Siri 3/2010 dari kursus PISMP Pendidikan Jasmani Semester 1 telah berjaya dan selamat menjalani kursus BIG ini dengan sempurna. Kursus Bina Insan Guru Siri 3/2010 yang bermula pada 29 Mac hingga 1 April 2010 telah dijalankan di tapak perkhemahan IPG Kampus Darulaman iaitu Kem Seri Banai. Kursus BIG ini sememangnya wajar dilaksanakan kerana melalui penglibatan guru-guru pelatih, matlamat program dalam membina daya tahan mental dan fizikal serta menerapkan nilai-nilai hidup bermoral dan beragama sebagai fokus utama dalam proses pembinaan insan guru...
Penutup~
Melalui Kursus Bina Insan Guru ini, insan guru dapat dilihat sebagai golongan pembina dan penjana modal insan yang cemerlang disamping menjadi role model kepada masyrakat Malaysia umumnya. Justeru, program Bina Insan Guru ini akan membantu para bakal guru dalam memantapkan serta menguatkan jati diri dalam lima aspek penting iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) .
Okey rakan-rakan, semoga maju jaya :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan