Sabtu, 21 Ogos 2010

Buah Betik



Betik atau nama saintifiknya, Carica papaya L adalah dari genus Carica dalam famili Caricaceae. Terdapat 40 spesies dalam genus carica tetapi hanya tiga saja yang mempunyai kepentingan hortikultur. Walau bagaimanapun, Carica papaya L. adalah spesies yang biasa ditanam sebab spesies ini mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Betik dari aspek fisiologi ialah sejenis buah klimakterik, dipercayai berasal dari Amerika Tropika. Spesies betik dibawa oleh orang Sepanyol ke Filipina dan kemudiannya dibawa pula ke Malaysia. Kini betik banyak ditanam di.kawasan tropika dan sub-tropika.

Morfologi Pokok dan Buah Betik

Pokok betik boleh dikelaskan kepada 3 jenis:

       i).   Diesius bunga jantan dan bunga betina pada pokok yang berasingan.

      ii).  Monoesius bunga jantan dan bunga betina pada pokok yang sama.

     iii).  Ginodiesius (hermafrodit) bahagian bunga jantan dan bunga betina pada bunga yang sama.

Spesies yang biasa ditanam adalah dari jenis diesus atau ginodiesus. Pokok-pokok dari jenis ini kelihatan sama sahaja kecuali setelah keluar bunganya. Hanya bunga dan ginodiesus akan menghasilkan buah. Pokok selalunya menghasilkan buah setelah 9-12 bulan penanaman.

Betik dari varieti yang berlainan berbeza dari segi saiz, rupa bentuk  dan rasa. Secara puratanya, ia berukuran antara 7- 60 cm dan boleh mencapai berat sehingga  9 kg. Berdasarkan kepada rupa bentuk dan saiz, betik yang popular di negara-negara ASEAN boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan. Kumpulan pertama terdiri dari varieti yang menghasilkan buah yang besar dan panjang bujur seperti Subang, Sitiawan dan Batu Arang. Buah daripada jenis ini mempunyai berat dalam lingkungan 1-3 kg  tetepi kualiti buah dikatakan tidak begitu baik. Manakala kumpulan kedua terdiri dari varieti yang baru diperkenalkan seperti Solo dan Eksotika. Buah dari varieti ini adalah lebih kecil, berbentuk bulat, mempunyai mutu yang lebih tinggi dan berpotensi untuk pasaran antarabangsa.

Khasiat dan kepelbagaiannya

Betik meupakan buah yang berkhasiat. Bagi setiap 100 g bahagian yang boleh dimakan, betik mengandungi:


Buah yang masak selalu dimakan segar sebagai pencuci mulut. Betik yang masak juga boleh dijadikan jem, jus ( untuk minuman ), perisa untuk aiskrim dan puding, halwa dan sos. Betik matang yang belum masak boleh juga dijeruk atau dimasak sebagai sayur. Betik juga mengeluarkan sejenis enzim yang dikenali sebagai enzim papain.Papain banyak digunakan dalam penyediaan makanan, khususnya untuk melembutkan daging dan penyediaan ‘chewing gum’. Walau bagaimanapun, di negara-negara ASEAN potensi industri papain masih belum diterokai sepenuhnya. Buat masa ini, pengeluar papain secara komersil hanya terdapat di Filipina.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengikut

Cari Blog Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...