Khamis, 5 Ogos 2010

Sistem 4 mat


SISTEM 4MAT: MENGAJAR KEPADA GAYA-GAYA PEMBELAJARAN DENGAN AKTIVITI-AKTIVITI OTAK KIRI DAN OTAK KANAN
Pendahuluan
Sistem 4Mat ialah satu model mengajar yang dicipta oleh Dr. Bernice McCarthy dalam tahun 1980. Model ini dicipta berdasarkan dapatan-dapatan penyelidikan dalam banyak bidang seperti gaya pembelajaran, pengaruh (dominance) otak kiri dan otak kanan, kreativiti, pengurusan, seni dan gerakan/tarian.
Apabila guru-guru memahami Sistem 4Mat, sikap mereka terhadap proses pengajaran dan pembelajaran akan berubah, khususnya mereka akan menyedari dan menghargai :
·         Berbagai jenis kecerdasan
·         Berbagai gaya pembelajaran
·         Berbagai aktiviti yang mengembangkan otak kiri dan otak kanan
·         Berbagai kaedah mengajar yang sesuai untuk sesuatu gaya pembelajaran
Bagaimana Manusia Belajar
Penyelidikan Dr. David Kolb mendapati bahawa ada dua cara utama bagaimana kita belajar, iaitu cara mengamati (perceive) dan cara memproses sesuatu maklumat dan pengalaman.
Boleh berubah ke tempat yang kita suka
Aktif
Reflektif
               Memproses
Mengamati
Boleh berubah ke tempat yang kita suka
Aktif
Reflektif
               Memproses
Mengamati
Boleh berubah ke tempat yang kita suka
Aktif
Reflektif
               Memproses
Mengamati

Boleh berubah ke tempat yang kita suka
Aktif
Reflektif
               Memproses
Mengamati

Mengamati































(a)    Cara mengamati
Kita mengamati sesuatu maklumat dan pengalaman dengan dua cara yang berlainan. Ada diantara kita suke mengamati sesuatu maklumat dan pengalaman dengan cara konkrit, iaitu dengan menggunakan deria. Ada juga di antara kita suke mengamati sesuatu dengan cara abstrak , iaitu dengan memikir, membuat analisis dan membuat taakulan.
Kadang kala kita suka mengamati sesuatu secara konkrit dan kadang kala kita suka mengamati sesuatu secara abstrak. Ini bermakna kita mengamati sesuatu dalam suatu kontinum (continuum) dari konkrit kepada abstrak. Mereka yang suka menggunakan deria lebih suka belajar secara konkrit. Mereka yang suka berfikir dan membuat analisis lebih suka belajar secara abstrak.
Kedua-dua jenis pengamatan, iaitu konkrit dan abstrak adalah sama pen ting dan sama nilainya. Kedua-duanya juga ada kekuatan dan kelemahan masing-masing. Pembelajaran yang berkesan ialah dari konkrit kepada abstrak. Kebanyakan sekolah tidak menghargai cara konkrit, kecuali dengan pelajar-pelajar yang muda dan sekolah-sekolah itu lebih suka menggunakan cara abstrak. Cara abstrak ini menggembirakan pelajar-pelajar yang suka berfikir dan membuat analisis tetapi ia mengecewakan pelajar-pelajar yang suka menggunakan deria mereka untuk belajar.
(b)   Cara Memproses
Kita memproses sesuatu maklumat dan pengalaman (iaitu bagaimana kita membuatkan maklumat dan pengalaman sebagai pengalaman diri sendiri) dengan dua cara yang berlainan. Ada diantara kita yang suka belajar dengan membuat/mencuba sesuatu secara aktif. Ada juga diantara kita yang suka belajar secara melihat apa yang berlaku dan memikir semula tentangnya. (reflektif).

Kita memproses sesuatu maklumat dan pengalaman dalam satu kontinum dari penglibatan aktif kepada reflektif. Mereka yang suka membuat/mencuba sesuatu lebih suka belajar secara aktif. Mereka yang suka melihat dan memikir semula tentang sesuatu lebih suka belajar secara reflektif.

Kedua-dua jenis pemprosesan, iaitu aktif dan reflektif adalah sama penting dan sama nilainya. Setiap jenis pemprosesan itu juga mempunyai cirri-ciri kebaikan dan keburukan. Ada sekolah-sekolah meminta pelajar-pelajar melihat, mendengar dan memikir sahaja. Pendekatan reflektif ini menggembirakan pelajar-pelajar yang suka melihat dan memikir tetapi ia mengecewakan segolongan pelajar yang suka mencuba/membuat sesuatu dengan diri sendiri.

Gaya-gaya Pembelajaran
Gaya pembelajaran bergantung kepada kombinasi cara mengamati dan cara memproses sesuatu maklumat dan pengalaman. Kombinasi cara mengamati dan cara memproses menghasilkan empat jenis gaya pembelajaran yang dihuraikan di bawah.

Jenis 1:  Pelajar-pelajar jenis ini adalah imaginative dan kreatif. Mereka mengamati maklumat secara konkrit dan memprosesnya secara reflektif. Mereka suka mencari makna  dan sebab-sebab mempelajari maklumat itu. Mereka belajar dengan mendengar dan berkongsi idea-idea. Mereka perlu melibatkan diri dan suka berinteraksi dengan orang lain. Mereka suka menyoal “Mengapa?”.

Pengalaman Konkrit
Jenis 2: Pelajar-pelajar jenis ini bersifat teori dan analisis. Mereka mengamati maklumat secara abstrak dan memprosesnya secara reflektif. Mereka suka mencari fakta-fakta untuk menjelaskankonsep-konsep dan mereka belajar dengan memikir tentang idea-idea. Mereka perlu pendapat pakar-pakar dan mereka suka membuat analisis tentang sesuatu maklumat. Mereka suka menyoal ‘Apa dia?’.
Jenis 3: Pelajar-pelajar jenis ini bersifat praktik. Mereka mengamati maklumat secara abstrak dan memprosesnya secara aktif. Mereka suka mencari kegunaan maklumat itu dan mereka belajar dengan menguji teori untuk mengetahui kegunaannya. Mereka perlu mengetahui bagaimana sesuatu benda berfungsi dan suka membuat/mencuba dengan diri sendiri untuk menambahkan pengalamannya. Mereka suka menyoal ‘Bagaiamanakah ia berfungsi?’
Jenis 4: Pelajar-pelajar jenis ini adalah dinamik dan intuitif. Mereka mengamati maklumat secara konkrit dan memprosesnya secara aktif. Mereka suka mencari kegunaan yang belum diketahui untuk sesuatu maklumat. Mereka belajar secara cubajaya dan penemuan sendiri. Mereka perlu mengetahui apa yang boleh direka bentuk dengan maklumat itu dan suka berinteraksi dengan orang lain. Mereka suka menyoal “Apakah kegunaan baru yang saya boleh cipta?”
Seseorang pelajar mungkin belajar dengan keempat-empat jenis gaya pembelajaran. Gaya pembelajaran yang paling disukai oleh seseorang pelajar itu akan menjadi jenis gaya pembelajarannya. Ini bererti gaya pembelajarannya mungkin Jenis 1,2,3, atau 4.
Keempat-empat gaya pembelajaran adalah sama penting dan sama nilainya. Setiap gaya pembelajaran mempunyai cirri-ciri kekuatan dan kelemahan. Kebanyakan sekolah mengajar pelajar-pelajar yang suka belajar dengan gaya pembelajaran Jenis 2 (Teori dan Analisis) dan Jenis 3 (Praktik). Sekolah-sekolah itu mengabaikan pelajar-pelajar yang suka belajar dengan gaya pembelajaran Jenis 1 (Imaginatif dan Kreatif) dan Jenis 4 (Dinamik dan Intuitif). Amalan sekolah-sekolah itu menggembirakan pelajar-pelajar yang suka melihat dan memikir semula (Jenis 2) dan yang suka membuat latihan/ujikaji (Jenis 3). Akan tetapi amalan itu mengecewakan pelajar-pelajar yang suka berinteraksi dengan orang lain dan suka mencari makna/sebab mengenai suatu maklumat (Jenis 1). Ia juga akan mengecewakan pelajar-pelajar yang suka mencari kegunaan baru dari sesuatu maklumat itu untuk dikongsi dengan orang lain. (Jenis 4).
Pengaruh Otak Kiri dan Kanan
Penyelidik-penyelidik otak manusia telah mendapati:
·         Kedua-dua hemisfira otak (otak kiri dan otak kanan) berbeza dalam memproses maklumat dan pengalaman.
·         Seseorang individu lebih suka memproses maklumat dan pengalaman sama ada dengan otak kirinya atau dengan otak kanannya.
·         Kedua-dua belah otak (otak kiri dan kanan) adalah sama penting.
Perbezaan utama di antara otak kiri dan kanan dalam memproses maklumat dan pengalaman adalah seperti di bawah:
              otak kiri                                          otak kanan


















Aktiviti-aktiviti yang dipercayai dipercayai diproses terutamanya di Otak Kiri adalah seperti berikut:-
·         Menyurih
·         Melukis carta
·         Melukis graf
·         Member contoh
·         Menyalin nota
·         Menilai secara objektif
·         Menyenarai dan mengkategorikan
·         Mengira
·         Memberi bukti
·         Mengingat semula fakta/konsep
·         Membaca serta membuat analisis
·         Melapor
·         Segala bentuk analisis
·         Rasional
·         Melihat bahagian-bahagian
·         Member sifat perbezaan
·         Menyelesaikan masalah dengan pemikiran logic
·         Mendengar bunyi bahasa
Aktiviti-aktiviti yang dipercayaii diproses terutamanya di Otak Kanan adalah seperti berikut:-
·         Membuat pola/corak
·         Memeta fikiran
·         Sumbangsaran / percambahan pemikiran
·         Menggambarkan semua bentuk sajak
·         Semua bentuk seni
·         Mendengar, melihat, menggerak
·         Analogy
·         Mencipa, mereka bentuk
·         Main peranan
·         Simulasi
·         Drama kreatif
·         Penulisan kreatif
·         Gerakan, tarian
·         Membaca serta membuat sintesis
·         Segala bentuk sintesis
·         Geometri
·         Demonstrasi
·         Membuat ujikaji
·         Bentuk
·         Semua aktivit intuitif
·         Ukiran
·         Lakaran
·         Member sifat-sifat persamaan
·         Melihat perhubungn dan keseluruhan
·         Menilai secara subjektif
·         Melukis
·         Fotografi
·         Mendengar bunyi semulajadi
·         Mendengar muzik, mencipta lagu
Pelajar-pelajar yang dipengaruhi oleh otak kiri suka melakukan aktiviti-aktiviti terutamanya yang diproses di otak kiri. Mereka mempunyai cirri-ciri yang menarik. Mereka haruslah dihargai. Mereka adalah bersistematik dan berdisiplin. Mereka menyelesaikan masalah dengan melibatkan bahagian-bahagian dan memikir secara logik. Mereka adalah sangat baik dalam bertutur, menulis, mengira dan menganalisis.
Pelajar-pelajar yang dipengaruhi oleh otak kanan suka melakukan aktiviti-aktiviti terutamanya yang diproses di otak kanan. Mereka juga mempunyai ciri-ciri yang menarik. Mereka juga harus dihargai. Mereka adalah kreatif dan intuitif. Mereka melihat pola, bentuk dan perhubungan. Mereka bertindak secara spontan dan menyelesaikan masalah dengan melihatnya secara keseluruhan dan intuitif. Mereka suka berinteraksi dengan orang lain dan suka melibatkan diri dalam segala bentuk gerakan/tarian. Mereka adalah sangat baik dalam melukis, mereka bentuk, membuat kesimpulan, dan didalam hal perhubungan manusia.
Pelajar-pelajar yang melakukan aktiviti-aktiviti yang diproses di otak kiri dan kanan mempunyai dua kumpulan ciri-ciri tersebut di atas. Kebanyakan sekolah dipercayai member aktiviti-aktiviti yang hanya diproses oleh otak kiri. Ini menggembirakan pelajar otak kiri tetapi mengecewakan pelajar otak kanan. Justeru itu, kita hendaklah membantu pelajar-pelajar mengembangkan otak kiri dan otak kanan mereka. Dengan membuat demikian, mereka bolehlah berfikir secara logik dan secara intuitif; boleh menganalisa dan mensintesis; bersistematik/berstruktur dan boleh menyesuaikan diri; boleh mengkritik dan mencipta; boleh menulis, mengira dan melukis; berdisiplin dan sukaberinteraksi; dan ciri-ciri lain.
Pengajaran dan Pembelajaran dengan Menggunakan Sistem 4MAT
Dr. Bernice McCarthy telah mencipta satu sistem mengajar yang berkesan dan boleh diamalkan. Gambar rajah dibawah menunjukkan Sistem 4MAT yang lengkap. Sistem 4MAT bermula dengan Petak 1 dan diakhiri dengan Petak 4 dalam satu lingkaran pembelajaran. Sistem ini mengambil kira keempat-empat gaya pembelajarandan aktivit-aktivi yang mengembangkan otak kiri dan otak kanan. Dengan menggunakan system ini, seseorang pelajar yang sangat suka belajar dengan gaya pembelajarannya dapat juga belajar dengan gaya pembelajaran yang lain. Tambahan pula, pelajar itu yang suka berlajar dengan aktiviti-aktiviti otak kiri dapat juga belajar dengan aktiviti-aktiviti otak kanan. Sistem 4MAT ini melibatkan 8 langkah yang dihuraikan di bawah.

Petak 1 (Pelajar Imaginatif dan Kreatif)

Sebelum mengajar konsep-konsep yang baru kepada pelajar-pelajar, seseorang guru haruslah member pengalaman konkrit kepada mereka. Ini akan membantu mereka memahami dengan lebih jelas konsep-konsep yang abstrak. Mereka juga dapat berinteraksi di antara satu sama lain. Guru haruslah membimbing dan merangsang mereka.

Langkah 1 :          Aktiviti Otak Kanan:        Guru Perlulah mewujudkan satu pengalaman konkrit. Kaedah mengajar atau aktiviti yang boleh digunakan ialah stimulasi, main peranan, lakonan, kerja kumpulan, menonton video tentang satu peristiwa, melihat benda-benda, atau aktiviti lain yang dapat mengembangkan otak kanan.

Langkah 2:           Aktiviti Otak Kiri:               Selepas pelajar-pelajar mendapat pengalaman konkrit, guru meminta mereka memikir semula dan menganalisakan pengalaman itu. Aktiviti yang boleh digunakan ialah perbincangan dalam kumpulan untuk membuat analisis, melihat sifat-sifat perbezaan, soal jawab, atau aktiviti lain yang dapat mengembangkan otak kiri.

Petak 2 (Pelajar Teori dan Analisis)

Selepas pelajar-pelajar mendapat pengalaman konkrit, fakta-fakta dan konsep-konsep diajar kepada mereka. Fakta dan konsep itu perlu dijelaskan satu demi satu dan dikaitkan dengan pengalaman konkrit untuk memudahkan pemahaman fakta/konsep itu. Tugas guru ialah untuk mengajar dengan menggunakan kaedah-kaedah tradisional. Guru perlu juga membimbing dan merangsang mereka.

Langkah 3            (Aktiviti Otak Kanan);     Setelah pelajar-pelajar memikir semula dan menganalisa pengalaman konkrit itu, guru perlu mengaitkan pengalaman mereka kepada konsep yang perlu diajar. Aktivit yang boleh digunakan ialah perbincangan, soal jawab, penerangan, atau aktiviti lain yang dapat melihat perhubungan diantara pengalaman konkrit dengan konsep yang abstrak.

Langkah 4            (Aktiviti Otak Kiri);           Kemudian haruslah guru mengajar fakta-fakta atau konsep-konsep dengan menggunakan kaedah mengajar tradisional seperti huraian, penerangan, syarahan, soal jawab, atau aktiviti lain yang dapat mengembangkan otak kiri. Pemahaman fakta/konsep bergantung kepada kebolehan guru menjelaskan sesuatu konsep/fakta dengan kaedah mengajar yang digunakan. Penggunaan alat bantu mengajar akan membantu pemahaman fakta/konsep itu.

Petak 3 (Pelajar Praktik)

Selepas pelajar-pelajar memahami fakta/konsep yang diajar, mereka diminta membuat latihan dan ujikaji. Ini akan memperkukuhkan pembelajaran fakta/konsep itu. Mereka pelru juga digalakkan mencari/menambahkan penggunaan fakta/konsep yang telah dipelajari. Tugas guru ialah untuk memberi latihan dan ujikaji kepada pelajar. Peranan guru adalah sebagai jurulatih dan pemudah cara.

Langkah 5            (Aktivit Otak Kiri)              Selepas pelajar-pelajar diajar fakta/konsep, guru haruslah member latihan-latihan yang telah disediakan untuk memperkukuhkan pembelajaran serta menghayati fakta/konsep yang diajar. Aktiviti mengajar yang boleh digunakan ialah membuat latihan, latihtubi, kuiz, ujikaji, temuduga atau aktiviti-aktiviti lain yang dapat mengembangkan otak kiri.

Langkah 6            (Aktiviti Otak Kanan)      Pelajar-pelajar kemudiannya diberi aktiviti-aktiviti untuk mereka mencari idea-idea baru atau fakta-fakta tambahan selain dari fakta/konsep yang telah diajar. Aktiviti mengajar yang boleh dijalankan secara individu/kumpulan ialah ujikaji, projek, permainan, merancang satu pelan, sumbangsaran, atau aktiviti yang dapat mengembangkan otak kanan.

Petak 4 (Pelajar Dinamik dan Intuitif)

Selepas pelajar-pelajar membuat latihan dan ujikaji, mereka perlu diberi peluang untuk mencari aplikasi tentang fakta/konsep yang telah dipelajari dan berkongsi dapatan-dapatan mereka dengan pelajar lain. Guru perlu menilai dan membuat pemulihan.

Langkah 7            (Aktivit Otak Kiri);            Selepas pelajar-pelajar membuat ujikaji/pelan bertindak, mereka perlu menganalisakan dapatan dari ujikaji/pelan bertindak itu untuk menentukan samaada dapatan atau pelan itu boleh digunakan atau tidak. Aktivit mengajar yang boleh dijalankan dalam kumpulan ialah perbincanga, mengkritik atau menilai dapatan/pelan itu secara objektif, atau aktivit-aktivit lain yang dapat mengembangkan otak kiri.

Langkah 8            (Aktiviti Otak Kanan)      Akhirnya pelajar-pelajar melaksanakan ujikaji/pelan bertindak dan berkongsi dapatan mereka dengan pelajar lain. Aktiviti mengajar yang boleh digunakan ialah penemuan, cuba jaya, projek, persembahan secara berkumpulan atau individu, main peranan, atau aktiviti lain yang dapat mengembangkan otak kanan.


Petak 1 (Pelajar Imaginatif dan Kreatif)
Sebelum mengajar konsep-konsep yang baru kepada pelajar-pelajar, seseorang guru haruslah member pengalaman konkrit kepada mereka. Ini akan membantu mereka memahami dengan lebih jelas konsep-konsep yang abstrak. Mereka juga dapat berinteraksi di antara satu sama lain. Guru haruslah membimbing dan merangsang mereka.
Langkah 1 :          Aktiviti Otak Kanan:        Guru Perlulah mewujudkan satu pengalaman konkrit. Kaedah mengajar atau aktiviti yang boleh digunakan ialah stimulasi, main peranan, lakonan, kerja kumpulan, menonton video tentang satu peristiwa, melihat benda-benda, atau aktiviti lain yang dapat mengembangkan otak kanan.
Langkah 2:           Aktiviti Otak Kiri:               Selepas pelajar-pelajar mendapat pengalaman konkrit, guru meminta mereka memikir semula dan menganalisakan pengalaman itu. Aktiviti yang boleh digunakan ialah perbincangan dalam kumpulan untuk membuat analisis, melihat sifat-sifat perbezaan, soal jawab, atau aktiviti lain yang dapat mengembangkan otak kiri.
Petak 2 (Pelajar Teori dan Analisis)
Selepas pelajar-pelajar mendapat pengalaman konkrit, fakta-fakta dan konsep-konsep diajar kepada mereka. Fakta dan konsep itu perlu dijelaskan satu demi satu dan dikaitkan dengan pengalaman konkrit untuk memudahkan pemahaman fakta/konsep itu. Tugas guru ialah untuk mengajar dengan menggunakan kaedah-kaedah tradisional. Guru perlu juga membimbing dan merangsang mereka.
Langkah 3            (Aktiviti Otak Kanan);     Setelah pelajar-pelajar memikir semula dan menganalisa pengalaman konkrit itu, guru perlu mengaitkan pengalaman mereka kepada konsep yang perlu diajar. Aktivit yang boleh digunakan ialah perbincangan, soal jawab, penerangan, atau aktiviti lain yang dapat melihat perhubungan diantara pengalaman konkrit dengan konsep yang abstrak.
Langkah 4            (Aktiviti Otak Kiri);           Kemudian haruslah guru mengajar fakta-fakta atau konsep-konsep dengan menggunakan kaedah mengajar tradisional seperti huraian, penerangan, syarahan, soal jawab, atau aktiviti lain yang dapat mengembangkan otak kiri. Pemahaman fakta/konsep bergantung kepada kebolehan guru menjelaskan sesuatu konsep/fakta dengan kaedah mengajar yang digunakan. Penggunaan alat bantu mengajar akan membantu pemahaman fakta/konsep itu.
Petak 3 (Pelajar Praktik)
Selepas pelajar-pelajar memahami fakta/konsep yang diajar, mereka diminta membuat latihan dan ujikaji. Ini akan memperkukuhkan pembelajaran fakta/konsep itu. Mereka pelru juga digalakkan mencari/menambahkan penggunaan fakta/konsep yang telah dipelajari. Tugas guru ialah untuk memberi latihan dan ujikaji kepada pelajar. Peranan guru adalah sebagai jurulatih dan pemudah cara.
Langkah 5            (Aktivit Otak Kiri)              Selepas pelajar-pelajar diajar fakta/konsep, guru haruslah member latihan-latihan yang telah disediakan untuk memperkukuhkan pembelajaran serta menghayati fakta/konsep yang diajar. Aktiviti mengajar yang boleh digunakan ialah membuat latihan, latihtubi, kuiz, ujikaji, temuduga atau aktiviti-aktiviti lain yang dapat mengembangkan otak kiri.
Langkah 6            (Aktiviti Otak Kanan)      Pelajar-pelajar kemudiannya diberi aktiviti-aktiviti untuk mereka mencari idea-idea baru atau fakta-fakta tambahan selain dari fakta/konsep yang telah diajar. Aktiviti mengajar yang boleh dijalankan secara individu/kumpulan ialah ujikaji, projek, permainan, merancang satu pelan, sumbangsaran, atau aktiviti yang dapat mengembangkan otak kanan.
Petak 4 (Pelajar Dinamik dan Intuitif)
Selepas pelajar-pelajar membuat latihan dan ujikaji, mereka perlu diberi peluang untuk mencari aplikasi tentang fakta/konsep yang telah dipelajari dan berkongsi dapatan-dapatan mereka dengan pelajar lain. Guru perlu menilai dan membuat pemulihan.
Langkah 7            (Aktivit Otak Kiri);            Selepas pelajar-pelajar membuat ujikaji/pelan bertindak, mereka perlu menganalisakan dapatan dari ujikaji/pelan bertindak itu untuk menentukan samaada dapatan atau pelan itu boleh digunakan atau tidak. Aktivit mengajar yang boleh dijalankan dalam kumpulan ialah perbincanga, mengkritik atau menilai dapatan/pelan itu secara objektif, atau aktivit-aktivit lain yang dapat mengembangkan otak kiri.
Langkah 8            (Aktiviti Otak Kanan)      Akhirnya pelajar-pelajar melaksanakan ujikaji/pelan bertindak dan berkongsi dapatan mereka dengan pelajar lain. Aktiviti mengajar yang boleh digunakan ialah penemuan, cuba jaya, projek, persembahan secara berkumpulan atau individu, main peranan, atau aktiviti lain yang dapat mengembangkan otak kanan.

 
Peranan dan tugas seseorang guru dalam Sistem 4MAT telah dihuraikan di atas dan dirumuskan semula dalam gambar rajah seperti di bawah.

Petak
Peranan Guru
Tugas Guru
1
Perangsang
Memberi sebab-sebab untuk menjawab soalan “Mengapa?”, “Mengapa Tidak?”
2
Pengajar
Mengajar fakta/konsep untuk menjawab soalan “Apa dia?”
3
Pemudah cara
Memberi peluang kepada pelajar-pelajar mencuba dan menambahkan fakta-fakta dengan diri sendiri. Ini akan menjawab soalah “Bagaimanakan ianya berfungsi?”
4
Penilai/ Membuat pemulihan
Memberi peluang kepada pelajar-pelajar mengajar diri sendiri dan berkongsi dapatan mereka dengan pelajar lain. Ini akan menjawab soalah “Apakah saya boleh cipta?”

Rentak Sistem 4MAT

Mengajar kepada modality
Semasa menggunakan system 4MAT dalam pengajaran dan pembelajaran, kita perlu mengajar kepada modality. Modaliti ialah saluran deria melalui mana sesuatu maklumat diterima. Jenis-jenis modality yang berjenis:
a)      Pandang:                             Lukisan, gambar, warna, bayangan, pola, bentuk dan ukiran.
b)      Dengar:                                                Pendengaran, lisan, muzik, lagu, rentak
c)       Kinestetik:                          Gerakan badan dantarian
d)      Modaliti Bercampur:       Pandang, dengar, kinestetik
Sebilangan pelajar belajar dengan lebih baik melalui modality yang tertentu. Pada amnya, lebih banyak modality yang digunakan, lebih berkesan pembelajaran. Pusat Perkembangan Staf di Wichita telah membina satu alat, “Wichita Student Learning Style Inventory” untuk mengenal pasti kekuatan/kelemahan pembelajaran seorang pelajar dalam Sembilan unsure berikut yang harus diambil kira dalam Sistem 4MAT:
a)      Bahasa Pandang:              Melihat perkataan di dalam buku, carta, risalah
b)      Nombor Pandang:           Melihat nombor selain dari mendengarnya
c)       Bahasa Dengar:                 Mendengar perkataan
d)      Nombor Dengar:              Mendengar nombor yang diterangkan
e)      Dengar/Pandang/Kinestetik:      Pegang, sentuh, rasa semasa belajar
f)       Pelajar sendiri:                  Belajar dengan lebih baik secara sendiri
g)      Pelajar Kumpulan:           Belajar dengan lebih baik dalam kumpulan
h)      Kesukaan Lisan:                                Suka bercakap untuk member tahu apa yang telah dipelajari
i)        Kesukaan Penulisan:      Suka menulis untuk memberi tahu apa yang telah dipelajari

Contoh-contoh Rancangan Pelajaran 4MAT
a)      Pelajaran Ekonomi Rumah Tangga
Satu contoh rancangan pelajaran 4MAT tentang “Kajian Fabrik” yang dihuraikan di bawah adalah dirumuskan seperti dalam gambar rajah di bawah:


 
Petak 1 (Pelajar Imaginatif Kreatif):         Pelajar-pelajar mengamalkan satu pengalaman konkrit tentang kajian fabric sebelum konsep itu diajar.
Langkah 1:     Pelajar-pelajar dalam kumpulan diminta memerhati pakaian-pakaian yang diperbuat daripada berbagai sumber (tumbuhan, haiwan, sintetik)
Langkah 2:     Pelajar-pelajar dalam kumpulan kemudiannya diminta membincang dan member perbezaan dan mengkategorikan pakaian-pakaian itu dalam kumpulan tumbuhan, haiwan dan sintetik.
Petak 2 (Pelajar Teori, Analisis):                 Pelajar-pelajar diajar konsep “Kajian Fabrik”
Langkah 3:     Guru mengaitkan pemerhatian yang telah dibuat (pengalaman konkrit) dengan konsep “Kajian Fabrik” yang hendak diajar dengan cara menggunakan aktivit soal jawab atau perbincangan. (Aktivit Otak Kanan)
Langkah 4:     Guru menerangkan konsep “Kajian Fabrik” dan mendemonstrasikan cara mengenalpastikannya dengan cara membakar (Aktiviti Otak Kiri)
Petak 3 (Pelajar Praktik):              Pelajar-pelajar membuat latihan tentang “Kajian Fabrik”.
Langkah 5:     Pelajar-pelajar menjawab soalan-soalan dalam lembaran kerja yang telah disediakan. (Aktivit otak kiri)
Langkah 6:     Pelajar-pelajar dalam kumpulan menjalankan kerja amali untuk menguji/mengenalpasti setiap jenis fabric secara membakar, melihat dan merasa tangan. (Aktivit Otak Kanan)
Petak 4 (Pelajar Dinamik, Intuitif):            Pelajar-pelajar merancangdan menjalankan satu pameran fabric (Atau satu pertunjukan fesyen)
Langkah 7:     Pelajar-pelajar dalam kumpulan membincang kegunaan setiap jenis fabrik dalam membuat pakaian.
Langkah 8:     Akhirnya pelajar-pelajar mengadakan satu pameran kegunaan fabrik (atau satu pertunjukkan fesyen).

b. Pelajaran Perdagangan


 
Petak 1 (Pelajar Imaginatif Kreatif):         Pelajar-pelajar mengamalkan satu pengalaman konkrit tentang jenis-jenis iklan sebelum konsep itu diajar.
Langkah 1:                      Pelajar-pelajar dalam kumpulan diminta melihat berbagai jenis iklan daripada surat khabar, majalah, TV, radio dan sebagainya. (Aktiviti Otak Kanan)
Langkah 2:                      Pelajar-pelajar dalam kumpulan kemudiannya diminta membincang berbagai tujuan jenis-jenis iklan yang telah diperhatikan. (Aktiviti Otak Kiri)
Petak 2 (Pelajar Teori, Analisis):                 Pelajar-pelajar diajar konsep “Jenis-jenis Iklan”.
Langkah 3:                      Setiap kumpulan menyampaikan tujuan-tujuan iklan. Guru mengaitkan dengan konsep jenis iklan yang hendak diajar. (Aktiviti Otak Kanan)
Langkah 4:                      Guru menerangkan konsep “Jenis-jenis Iklan” yang boleh dibahagikan kepada empat jenis utama dengan menggunakan contoh-contoh iklan yang sesuai.  (Aktivit Otak Kiri)
Petak 3 (Pelajar Praktik) :             Pelajar-pelajar membuat latihan tentang “Jenis-jenis Iklan”
Langkah 5:                      Pelajar-pelajar menjawab soalan-soalan dalam lembaran kerja yang telah disediakan. (Aktiviti Otak Kiri)
Langkah 6:                      Pelajar-pelajar dalam kumpulan memotong iklan-iklan dan lekatkannya dalam buku mengikut jenis iklan. (AktivitI Otak Kanan)
Petak 4 (Pelajar Dinamik Intuitif):             Pelajar-pelajar merancang dan menyediakan satu iklan dan berkongsi hasilnya dengan pelajar lain.
Langkah 7:                      Pelajar-pelajar menilai buku iklan rakan/kumpulan yang lain (Aktivit Otak Kiri)
Langkah 8:                      Akhirnya, pelajar-pelajar menyediakan satu iklan dan menunjuk hasilnya kepada kumpulan lain. (Aktiviti Otak Kanan)
C.  Pelajaran Prinsip Akaun
Satu contoh rancangan pelajaran 4MAT tentang “Jenis-jenis Jurnal” yang dihuraikan di bawah adalah dirumuskan seperti dalam gambar rajah di bawah:

 
Petak 1 (Pelajar Imaginatif):        Pelajar-pelajar mengamalkan satu pengalaman konkrit, tentang berbagai jenis Jurnal sebelum konsep itu diajar.
Langkah 1:           Pelajar-pelajar dalam kumpulan diminta memeriksa berbagai jenis Jurnal sebenar yang telah direkodkan. (Aktiviti Otak Kanan)
Langkah 2:           Pelajar-pelajar dalam kumpulan menyenaraikan jenis-jenis Jurnal dan kegunaan setiap jenis Jurnal itu. (Aktivit Otak Kiri)
Petak 2 (Pelajar Teori Analisis):  Pelajar-pelajar diajar konsep Jurnal dan Diskaun Niaga serta cara merekod Jurnal dan mengira diskaun.
Langkah 3:           Setiap kumpulan menyampaikan hasil perbincangan. Guru mengaitkannya dengan konsep  yang hendak diajar.
Langkah 4:           Guru menerangkan jenis-jenis Jurnal, kepentingannya, diskaun niaga dan cara merekod serta cara mengira diskaun.
Petak 3 (Pelajar Praktik):              Pelajar-pelajar membuat latihan merekod berbagai jenis Jurnal dan mengira diskaun. Pelajar-pelajar juga membuat suatu carta alir prosedur merekod berbagai urusniaga dalam jenis Jurnal yang tertentu.
Langkah 5:           Pelajar membuat latihan merekod berbagai jenis Jurnal dan membuat pengiraan diskaun niaga.
Langkah 6:           Pelajar-pelajar dalam kumpulan membuat satu carta aliran untuk menunjukkan prosedur merekod berbagai-bagai jenis Jurnal.
Petak 4 (Pelajar Dinamik):            Pelajar-pelajar berkongsi hasil carta aliran prosedur merekod Jurnal.
Langkah 7:           Pelajar-pelajar dalam kumpulan membincangkan kebaikan Jurnal dan juga menilai semula carta aliran yang telah dihasilkan.
Langkah 8:           Setiap kumpulan menerangkan carta aliran prosedur merekod berbagai jenis Jurnal kepada kelas. Mereka juga member cadangan membaiki carta aliran kumpulan yang lain.


 D.    Pelajaran Sains Pertanian
Satu contoh rancangan pembelajaran 4MAT tentang “Penggunaan Bioteknologi dalam Pertanian” yang dihuraikan di bawah adalah dirumuskan dalam gambar rajah di bawah:


Petak 1 (Pelajar Imaginatif Kreatif):         Pelajar-pelajar mengamalkan satu pengalaman konkrit, tentang penggunaan bioteknologi sebelum konsep itu diajar.
Langkah 1:           Pelajar-pelajar dalam kumpulan diminta melihat gambar/slaid/video tentang berbagai bioteknologi yang digunakan dalam pertanian atau mereka dibawa untuk melawat lading pertanian yang menggunakan bioteknologi. (Aktiviti Otak Kanan)
Langkah 2:           Pelajar-pelajar dalam kumpulan kemudiannya diminta membincangkan berbagai teknologi yang digunakan daripada pemerhatian yang telah dibuat. (Aktiviti Otak Kiri)
Petak 2 (Pelajar Teori Analisis):  Pelajar-pelajar diajar konsep “Penggunaan Bioteknologi dalam Pertanian”
Langkah 3:           Guru mengaitkan pemerhatian dan perbincangan pelajar dengan konsep “Penggunaan Bioteknologi dalam Pertanian” yang hendak diajar.
Langkah 4:           Guru menerangkan berbagai jenis bioteknologi yang digunakan dalam pertanian
Petak 3 (Pelajar Praktik):              Pelajar-pelajar membuat tentang penggunaan bioteknologi dalm pertanian dan menjalankan kerja amali menanam satu tanaman kekacang yang diinokulasi dan tidak diinokulasi dengan rizobium.
Langkah 5:           Pelajar-pelajar menjawab soalan-soalan dalam lembaran kerja yang telah disediakan.
Langkah 6:           Pelajar-pelajar dalam kumpulan menjalankan kerja amali menanam satu tanaman kekacang yang diinokulasi dan tidak diinokulasi dengan rizobium
Petak 4 (Pelajar Dinamik, Intuitif):            Pelajar-pelajar berkongsi dapatan kajian tanaman kekacang dengan pelajar-pelajar lain.
Langkah 7:           Pelajar-pelajar menjaga tanaman kekacang itu dan selepas mendapat hasil, membincang dalam kumpulan tentang perbezaan hasil di antara yang diinokulasi dan tidak diinokulasi dengan rizobium. (Aktiviti Otak Kiri)
Langkah 8:           Pelajar-pelajar dalam kumpulan mempersembahkan dengan kajian tanaman kekacang kepada kelas. (Aktiviti Otak Kanan)

Petak 1 (Pelajar Imaginatif Kreatif):         Pelajar-pelajar mengamalkan satu pengalaman konkrit, tentang penggunaan bioteknologi sebelum konsep itu diajar.
Langkah 1:           Pelajar-pelajar dalam kumpulan diminta melihat gambar/slaid/video tentang berbagai bioteknologi yang digunakan dalam pertanian atau mereka dibawa untuk melawat lading pertanian yang menggunakan bioteknologi. (Aktiviti Otak Kanan)
Langkah 2:           Pelajar-pelajar dalam kumpulan kemudiannya diminta membincangkan berbagai teknologi yang digunakan daripada pemerhatian yang telah dibuat. (Aktiviti Otak Kiri)
Petak 2 (Pelajar Teori Analisis):  Pelajar-pelajar diajar konsep “Penggunaan Bioteknologi dalam Pertanian”
Langkah 3:           Guru mengaitkan pemerhatian dan perbincangan pelajar dengan konsep “Penggunaan Bioteknologi dalam Pertanian” yang hendak diajar.
Langkah 4:           Guru menerangkan berbagai jenis bioteknologi yang digunakan dalam pertanian
Petak 3 (Pelajar Praktik):              Pelajar-pelajar membuat tentang penggunaan bioteknologi dalm pertanian dan menjalankan kerja amali menanam satu tanaman kekacang yang diinokulasi dan tidak diinokulasi dengan rizobium.
Langkah 5:           Pelajar-pelajar menjawab soalan-soalan dalam lembaran kerja yang telah disediakan.
Langkah 6:           Pelajar-pelajar dalam kumpulan menjalankan kerja amali menanam satu tanaman kekacang yang diinokulasi dan tidak diinokulasi dengan rizobium
Petak 4 (Pelajar Dinamik, Intuitif):            Pelajar-pelajar berkongsi dapatan kajian tanaman kekacang dengan pelajar-pelajar lain.
Langkah 7:           Pelajar-pelajar menjaga tanaman kekacang itu dan selepas mendapat hasil, membincang dalam kumpulan tentang perbezaan hasil di antara yang diinokulasi dan tidak diinokulasi dengan rizobium. (Aktiviti Otak Kiri)
Langkah 8:           Pelajar-pelajar dalam kumpulan mempersembahkan dengan kajian tanaman kekacang kepada kelas. (Aktiviti Otak Kanan)

 E. Pelajaran Kejuruteraan


 
Petak 1 (Pelajar Imaginatif Kreatif):         Pelajar-pelajar mengamalkan satu pengalaman konkrit, tentang bahan-bahan kejuruteraan sebelum konsep itu diajar.
Langkah 1:           Pelajar-pelajar dalam kumpulan diminta melihat benda-benda yang diperbuat daripada ferus, bukan besi dan bukan logam. Selain daripada benda maujud, gambar atau video boleh digunakan. (Aktiviti Otak Kanan)
Langkah 2:           Pelajar-pelajar dalam kumpulan mengkategorikan benda-benda itu kepada kumpulan benda ferus, bukan besi dan bukan logam. (Aktiviti Otak Kiri)
Petak 2 (Pelajar Teori Analisis):  Pelajar-pelajar diajar konsep “Bahan-bahan Kejuruteraan”
Langkah 3:           Guru mengaitkan benda-benda yang diperhatikan dengan konsep-konsep bahan-bahan kejuruteraan yang hendak diajar. (Aktiviti Otak Kanan)
Langkah 4:           Guru menerangkan bahan-bahan yang biasa digunakan dalam kejuruteraan dengan menggunakan bahan-bahan maujud sebagai alat pandang dengar. (Aktiviti Otak Kiri)
Petak 3 (Pelajar Praktik):              Pelajar-pelajar dalam kumpulan membuat latihan dan peta fikiran tentang bahan-bahan kejuruteraan.
Langkah 5:           Guru memberi kuiz dan lembaran kerja (Aktiviti Otak Kiri)
Langkah 6:           Pelajar-pelajar dalam kumpulan diminta membuat satu peta fikiran tentang kegunaan setiap bahan dalam kejuruteraan. (Aktiviti Otak Kanan)
Petak 4 (Pelajar Dinamik, Intuitif):            Pelajar-pelajar berkongsi hasil peta fikiran bahan-bahan kejuruteraan dengan pelajar-pelajar lain.
Langkah 7:           Pelajar-pelajar dalam kumpulan membincangkan kebaikan dan kekurangan setiap jenis bahan. (Aktiviti Otak Kiri)
Langkah 8:           Pelajar-pelajar dalam kumpulan menerangkan peta fikiran bahan kejuruteraan yang telah disediakan kepada kelas. (Aktiviti Otak Kanan)
Kesimpulan
Pelajar-pelajar yang berlainan mempunyai kecerdasan yang berlainan. Ada pelajar-pelajar yang belajar dengan cepat dan ada yang belajar dengan lambat.
Pelajar-pelajar yang berlainan suka belajar dengan gaya pembelajaran yang berlainan. Ada sebilangan pelajar yang suka mencari mana/sebab-sebab untuk belajar sesuatu maklumat dan pengalaman; ada sebilangan pelajar yang suka menganalisa sesuatu maklumat dan pengalaman; ada sebilangan pelajar yang lain yang suka membuat latihan/ujikaji untuk mendapat bukti yang menyokong maklumat dan pengalaman itu; dan ada juga sebilangan pelajar yang suka mencuba dan mereka bentuk pengggunaan sesuatu maklumat dan pengalaman dan suka berkongsi dapatan mereka dengan pelajar lain. Terdapat juga segolongan pelajar yang suka belajar dengan aktiviti-aktiviti yang diproses di otak kiri dan segolongan pelajar lain yang suka belajar dengan aktiviti-aktiviti yang diproses di otak kanan.
Seseorang guru perlu menghormati dan menghargai pelajar-pelajar yang berbeza dalam kecerdasan. Dia perlu menghormati dan menghargai pelajar-pelajar yang berbeza dalam gaya pembelajaran mereka. Dia perlu juga menghormati dan menghargai pelajar-pelajar  yang berbeza dalam pengaruh otak kiri atau otak kanan.
Sistem 4MAT ialah satu model mengajar yang member perhatian kepada pelajar-pelajar yang berbeza. Sistem 4MAT menentukan guru mengajar dengan berdasarkaan keempat-empat gaya pembelajaran pelajar dan menggunakan aktiviti-aktiviti yang boleh mengembangkan otak kiri dan otak kanan seseorang pelajar. Dengan sistem 4MAT Dr. Bernice McCarthy percaya pelajar-pelajar yang berbeza itu akan mendapat pendidikan yang sempurna.

RUJUKAN
McCarthy, Bernice. “The 4MAT System: Teaching to Learning Styles with Right/Left Mode Techniques”. Barrington, Illinois: Excel, Inc., 1987.

Sistem 4MAT adalah ciptaan Dr. B.MacCarthy 1980 bertujuan untuk memandu guru ke arah pembelajaran yang berkesan.  Sistem ini dilaksanakan di semua peringkat pembelajaran di Amerika dan juga United Kingdsom. Para pembaca bolehlah meneliti penulisan di bawah untuk mendapat faedah. Bahan ini adalah ihsan Pusat Perkembangan Kurikulum Kmeneterian Pelajaran Malaysia, dan telah diubahsuai penterjemahannya oleh Encik J. Law, bekas pegawai PPK tahun 90an.

Teori Pelbagai Kecerdasan Dr. Howard Gardner

Teori Kecerdasan Pelbagai diperkenalkan oleh Dr. Howard Gardner pada tahun 1983. Beliau merupakan profesor dalam bidang pendidikan di Harvard Universiti. Menurut Gardner, kaedah lama untuk mengukur tahap kecerdasan manusia, iaitu berdasarkan ujian IQ adalah terlalu terhad. Justeru, Dr. Gardner telah mengemukakan 8 jenis kecerdasan yang berbeza sebagai satu cara untuk mengukur potensi kecerdasan manusia, kanak-kanak dan dewasa. Kecerdasan-kecerdasan yang telah dikenal pasti adalah seperti berikut:

  1. Linguistic intelligence ("word smart"):
  2. Logical-mathematical intelligence ("number/reasoning smart")
  3. Spatial intelligence ("picture smart")
  4. Bodily-Kinesthetic intelligence ("body smart")
  5. Musical intelligence ("music smart")
  6. Interpersonal intelligence ("people smart")
  7. Intrapersonal intelligence ("self smart")
  8. Naturalist intelligence ("nature smart")
Berikut adalah bagaimana teori kecerdasan pelbagai boleh diaplikasikan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran secara hubungan berikut:

  1. PERKATAAN (linguistic intelligence)
  2. NOMBOR ATAU LOGIK (logical-mathematical intelligence)
  3. GAMBAR (spatial intelligence)
  4. MUZIK (musical intelligence)
  5. REFLEKSI KENDIRI (intrapersonal intelligence)
  6. PENGALAMAN FIZIKAL (bodily-kinesthetic intelligence)
  7. PENGALAMAN SOSIAL (interpersonal intelligence), and/or
  8. PENGALAMAN DENGAN ALAM SEMULAJADI (naturalist intelligence)
1. Kecerdasan Verbal - Linguistik [authors]

Kemampuan menggunakan perkataan secara berkesan sama ada secara lisan atau tulisan, termasuk - keboleban memanipulasikan ayat, gaya bahasa dan pengucapan dengan baik dan sempurna.
Contoh aktiviti: Perbahasan, perbendaharaan kata, ucapan formal, penulisan kreatif, bacaan, jurnal, diari, puisi, jenaka dan bercerita.

KERJAYA: Sasterawan: Penulis, Penyajak, Penceramah, Pensyarah dalam bidang sastera.
CONTOH: Faisal Tehrani, A. Samad Said, William Shakespeare, Rene Blanco, Sir Arthur Conan Doyle


2. Kecerdasan Logik - Matematik [scientists]

Kebolehan menggunakan nombor, menaakul, mengenal pasti pola abstrak, perkaitan, sebab dan akibat (logik). Melibatkan pemikiran saintifik, termasuk pemikiran secara heuristik, induktif dan deduktif, membuat inferens, mengkategori, generalisasi, perhitungan dan pengujian hipotesis.
Contoh aktiviti: Penggunaan simbol, rumus, urutan nombor, pola abstrak, perkaitan sebab dan akibat (logik), penyelesaian masalah, pengurusan grafik dan pengiraan.

KERJAYA: Ahli matematik, Saintis, Jurutera, Akauntan
CONTOH: Carl Friedrich Gauss, Al-Khawarizmi, Isaac Newton


3. Kecerdasan Fizikal - Kinestatik [dancers]

Berkaitan dengan pergerakan dan kemahiran fizikal seperti koordinasi, keseimbangan dan kelenturan badan. Menggunakan anggota badan untuk meluahkan idea dan perasaan.
Contoh aktiviti: Tarian kreatif, drama, main peranan, aktiviti jasmani, latihan fizikal, pemain sukan dan seni pertahanan diri.

KERJAYA: Atlit sukan, pemain bola sepak, peninju, penari, pelakon, tentera, polis.
CONTOH: Nicole David, Michael Jordan, David Beckham, Shazlin Zulkifli, Muhammad Ali, Shah Rukh Khan, Rosyam Noor, Jackie Chan


4. Kecerdasan Visual - Spatial [architects]

Kebolehan mencipta gambaran mental dan mengamati dunia visual. Berkepekaan terhadap warna, garis, rentuk dan ruang. Berkebolehan menvisual secara spatial dan mengorientasi diri dalam matriks ruang.
Contoh aktiviti: melukis, mengecat, skema warna, garis rentuk dan ruang, mencipta gambaran mental, imaginasi aktif, peta minda, menvisual secara spatial dan mengorientasi diri dalam matriks ruang.

KERJAYA: Pelukis, pengukir, arkitek.
CONTOH: Hijjaz Kasturi. Minoru Yamasaki, Alexander Thomson Alexander, Pablo Picasso, Leonardo Da Vinci


5. Kecerdasan Muzikal-Ritma [musicians]

Kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi dan meluahkan perasaan melalui muzik. Kecendenmgan ini termasuk kepekaan terhadap ritma, melodi atau kelangsingan suatu hasil muzik.
Contoh aktiviti: Persembahan muzik, bunyi vokal, bunyi instrumental, nyanyian dan drama lagu.

KERJAYA: Komposer, penyanyi, penggubah lagu, pemain muzik.
CONTOH: Adnan Abu Hassan, Ajai, M. Nasir, Yasin, Kitaro, Beethoven, Mozart, P. Ramlee, Siti Nurhaliza, Misha Omar


6. Kecerdasan Intrapersonal [therapists]

Berpengetahuan kendiri dan berkebolehan untuk menilai diri sendiri. Mempunyai gambarann yang tepat tentang diri sendiri, kesedaran terhadap mood dalaman, kehendak, motivasi, kemarahan, dorongan dan kemampuan untuk mendisipIinkan diri dan jati diri.
Contoh aktiviti: Teknik metakognisi, strategi pemikinm, proses emosi, prnktis mind fullness, taakulan tahap tinggi, disiplin diri dan amalan pemusatan.

KERJAYA: Pengarang, Penyajak, Ahli falsafah, Ahli Motivasi, Pakar Kaunseling, Ahli Psikologi
CONTOH: H.M Tuah Iskandar, Dr. Fadzilah Kamsah, Albert Ellis, Willaim Glasser, Howard Gardner, Jean Piaget

7. Kecerdasan Interpersonal [entrepreneurs]

Kemampuan untuk rnendiskriminasi antara pelbagai petanda interpersonal dan kebolehan untuk berkornunikasi dengan berkesan secara pragmatik terhadap petanda tersebut.
Contoh aktiviti: kornunikasi antara individu, latilhan ernpati, latihan kolaboratif, rnernberi maklurn balas, strategi pernbelajaran kooperatif dan sedia bekerja sama

KERJAYA: Ahli politik, Peniaga, Pengacara, Usahawan
CONTOH: Donald Trump, David Letterman, Aznil Hj. Nawawi


8. Kecerdasan Naturalis [naturalists]

Mengenali, menyusun dan mengkategorikan pelbagai jenis flora dan fauna

KERJAYA: Petani, Ahli botani, Ahli biologi, Perancang Bandar, Geologist
CONTOH: Louis Agassiz, David Starr Jordan, Edward D. Cope, Charles Darwin


Dengan memanfaatkan kecerdasan masing-masing. Semua tokoh di atas menempa nama dalam bidang masing-masing. Masa depan yang cerah, menjadi penyumbang utama dalam sejarah manusia, dihormati sepanjang zaman.

Selasa, 3 Ogos 2010

BATU-BATU YANG ANEH

Dalam sebuah hadis menceritakan, pada zaman dahulu ada seorang lelaki wukuf di Arafah. Dia berhenti di lapangan luas itu. Pada waktu itu orang sedang melakukan ibadat haji. Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang sangat penting. Bahkan wukuf di Arafah itu disebut sebagai haji yang sebenarnya kerana apabila seorang itu berwukuf di padang Arafah dianggap hajinya telah sempurna walaupun yang lainnya tidak sempat dilakukan.
Sabda Rasulullah mengatakan :

·    "Alhajju Arafat" (Haji itu wukuf di Arafah)

Rupanya lelaki itu tadi masih belum mengenali Islam dengan lebih mendalam. Masih dalam istilah 'muallaf'. Semasa dia berada di situ, dia telah mengambil tujuh biji batu lalu berkata pada batu itu :

·    "Hai batu-batu, saksikanlah olehmu bahwa aku bersumpah bahwa tidak ada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah."

Setelah dia berkata begitu dia pun tertidur di situ. Dia meletakkan ketujuh-tujuh batu itu di bawah kepalanya. Tidak lama kemudian dia bermimpi seolah-olah telah datang kiamat. Dalam mimpi itu jyga dia telah diperiksa segala dosa-dosa dan pahalanya oleh Tuhan. Setelah selesai pemeriksaan itu ternyata dia harus masuk ke dalam neraka. Maka dia pun pergi ke neraka dan hendak memasuki salah satu daripada pintu-pintunya.
Tiba-tiba seketika batu kecil yang dikumpulnya tadi datang dekat pintu neraka tersebut. Tetapi mereka tidak sanggup rupanya. Malaikat azab telah berada di situ. Semua malaikat itu menolaknya masuk ke pintu neraka tersebut. Tapi sanggup rupanya. Kemudian dia pun pergi ke pintu lain. Para malaikat itu tetap berusaha hendak memasukkannya ke dalam neraka tapi tidak berjaya kerana batu mengikut ke mana saja dia pergi.

Akhirnya habislah ketujuh pintu neraka didatanginya. Para malaikat yang bertindak akan menyiksa orang-orang yang masuk neraka berusaha sekuat tenaga untuk menolak lelaki itu dalam neraka tetapi tidak berjaya. Sampai di pintu neraka nombor tujuh, neraka itu tidak mahu menerimanya kerana ada batu yang mengikutinya. Ketujuh-tujuh batu itu seolah-olah membentengi lelaki itu daripada memasuki neraka. Kemudian dia naik ke Arasy di langit yang ketujuh. Di situlah Allah berfirman yang bermaksud :

·    "Wahai hambaku, aku telah menyaksikan batu-batu yang engkau kumpulkan di padang Arafah. Aku tidak akan menyia-nyiakan hakmu. Bagaimana aku akan menyia-nyiakan hakmu sedangkan aku telah menyaksikan bunyi 'syahadat' yang engkau ucapkan itu. Sekarang masuklah engkau ke dalam syurga."

Sebaik saja dia menghampiri pintu syurga itu, tiba-tiba pintu syurga itupun terbuka lebar. Rupanya kunci syurga itu adalah kalimat syahadat yang diucapkannya dahulu.

HIKMAH MENINGGALKAN CAKAP BOHONG

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim, menceritakan pada suatu hari ada seorang telah datang berjumpa dengan Rasulullah S.A.W. kerana hendak memeluk agama Islam. Sesudah mengucapkan dua kalimah syahadat, lelaki itu lalu berkata :
"Ya Rasulullah. Sebenarnya hamba ini selalu saja berbuat dosa dan payah hendak meninggalkannya." Maka Rasulullah menjawab : "Mahukah engkau berjanji bahwa engkau sanggup meninggalkan cakap bohong?"
"Ya, saya berjanji" jawab lelaki itu singkat. Selepas itu, dia pun pulanglah ke rumahnya.

Menurut riwayat, sebelum lelaki itu memeluk agama Islam, dia sangat terkenal sebagai seorang yang jahat. Kegemarannya hanyalah mencuri, berjudi dan meminum minuman keras. Maka setelah dia memeluk agama Islam, dia sedaya upaya untuk meninggalkan segala keburukan itu. Sebab itulah dia meminta nasihat dari Rasulullah S.A.W.
Dalam perjalanan pulang dari menemui Rasulullah S.A.W. lelaki itu berkata di dalam hatinya :
"Berat juga aku hendak meninggalkan apa yang dikehendaki oleh Rasulullah itu."

Maka setiap kali hatinya terdorong untk berbuat jahat, hati kecilnya terus mengejek.
"Berani engkau berbuat jahat. Apakah jawapan kamu nanti apabila ditanya oleh Rasulullah. Sanggupkah engkau berbohong kepadanya" bisik hati kecil. Setiap kali dia berniat hendak berbuat jahat, maka dia teringat segala pesan Rasulullah S.A.W. dan setiap kali pulalah hatinya berkata :
"Kalau aku berbohong kepada Rasulullah bererti aku telah mengkhianati janjiku padanya. Sebaliknya jika aku bercakap benar bererti aku akan menerima hukuman sebagai orang Islam. Oh Tuhan....sesungguhnya di dalam pesanan Rasulullah itu terkandung sebuah hikmah yang sangat berharga."

Setelah dia berjuang dengan hawa nafsunya itu, akhirnya lelaki itu berjaya di dalam perjuangannya menentang kehendak nalurinya. Menurut hadis itu lagi, sejak dari hari itu bermula babak baru dalam hidupnya. Dia telah berhijrah dari kejahatan kepada kemuliaan hidup seperti yang digariskan oleh Rasulullah S.A.W. Hingga ke akhirnya dia telah berubah menjadi mukmin yang soleh dan mulia.

5 WASIAT DARI ALLAH S.W.T. KEPADA RASULULLAH S.A.W

Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :

·    Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.
·    Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.
·    Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.
·    Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.
·    Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.

Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T.
Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :

·    Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
·    Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya.
·    Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
·    Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.
·    Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
·    Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.

·    Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."

Pengikut

Cari Blog Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...